Semalam Athirah dah genap 6 Tahun… dah besar sudah, sudah mula bersekolah juga.. walaupon masih di Pra Sekolah, tapi tetap bersekolah juga lah kan… jadi hari-hari kena pi sekolah bukannya Tadika. Hmm Alhamdulillah boleh juga dia membaca kalau tak banyak sedikit2, merangkak-rangka pon dah pandai nih, sekurang-kurangnya kalau tak pandai macam kawan-kawan lain tapi dia pandai dari abah dia masa dulu.. 
Sekarang dia dah ada aktiviti Ko Kurikulum dia juga, biar pun setiap hari Sabtu tapi dah ada juga aktiviti, berenang tu juga satu aktiviti kan, baik dari abah dia dulu, aktiviti yang abah dia pandai seusia dia ilah main, main dan main.. he he mai aci, ketop (aci semunyi), main bola dalam bendang, makan mempelam muda tak kira dimana, sawah orang ka, kampung orang ka, masjid ka, bedal je.. semuanya freee.. 
Jadi kiranya… suasana zaman sekarang lebih baik dari dulu, macam-macam ada, Ipad la, Iphone la.. Komputer game, Arcade Game lah.. dan bermacam-macam game ada..harap dia tak minat semua.. biarlah game yang ada kat laptop atau handphone saja lah.. kalau zaman abah dulu mana lah ada semua tuh.. semua jenis kayu, pokok, ranting, barang2 terbuang boleh jadi game.. he he zaman dulu!!
Apa-apa pon, moga anak abah ni akan terus ‘membesar dengan Johan’ , ‘membesar dengan riang’ macam iklan-iklan susu pekat manis dulukala .. (err sekarang ada..?). Apa-apa pon abah tetap akan sayang, dan menyokong ..( serta memarahi) Ayong sedaya upaya abah.. Peace Yoo..!!!

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s