uish bahaya kalau jadi gini…
bagus nye dok layan sekali… boom!!
amik ko….

KUALA LUMPUR: Seorang pengguna transit aliran ringan (LRT) bernasib malang selepas terkena satu letupan menyebabkan cedera dalam kejadian di sebuah tandas di Stesen LRT Sri Rampai, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, mangsa Muhd Shakereen Basri, 22, cedera di paha, punggung dan belakang badan akibat terkena letupan dan serpihan mangkuk tandas yang pecah.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebaik mangsa yang tinggal di Seksyen 1, Wangsa Maju selesai membuang air besar sebelum satu letupan berlaku di dalam mangkuk tandas berkenaan. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fairus, 25, berkata ketika kejadian mangsa seorang diri masuk ke dalam tandas.

Katanya, tidak sampai dua minit kemudian dia terdengar satu letupan dari dalam tandas. “Mangsa menjerit minta tolong sebelum pihak berkuasa membantu mengeluarkannya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. Fairus berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, letupan berlaku daripada mercun yang kemungkinan diletakkan budak-budak nakal.

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s