Lebih 20 buah rumah rosak akibat ribut di Kangar
         
KANGAR: Lebih 20 buah rumah rosak terutama pada bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda sekitar bandar Kangar hari ini.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat. Antara lokasi terjejas ialah Kampung Bakau dan Taman Hijrah di sini namun JKM masih menjalankan bancian dan nilai kerugian belum diketahui setakat ini. 

Turut mengalami kerosakan ialah gerai-gerai makanan yang turut terbalik akibat angin kencang manakala beberapa batang pokok turut tumbang.Anggota-anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih bertungkus lumus mengalihkan pokok-pokok yang tumbang berhampiran jalan raya terutama berhampiran Padang Bandaran di sini.

Akibat kejadian itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan orang ramai. – BERNAMA

 


berhampiran Klinik Kesihatan Kangar
 

Kg. Bakau Kangar
 

Tempat Letak Kereta Taman Kemajuan
 

Dewan Badminton
Pejabat Tanah dan Galian Kangar

Kejadian ribut ni berlaku mungkin sekitar jam 4.00 hingga 5.00petang, pada ketika ni aku dan famili dalam perjalanan balik dari satu majlis kenduri di Felcra Lubuk Sireh. Ketika sampai di bandar Kangar, memang terdapat kesan angin kuat. Nampak juga kesan-kesan jatuhan ranting pokok, kesan atap zink atas jalan, lepas tu nampak kesan ranting pokok yang sekah dan jatuh atas jalan. Malam tu baru la buka FB , baru tau boleh tengok gambar-gambar dari FB, jadi kredit je kat kawan2 FB yang post 

Posted by Picasa

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s