gambar hiasan – Google


Bantah satu amah, satu kerja


Oleh SOFIAN BAHAROM

sofian.baharom@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mac – Penetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan sahaja tidak adil malah membebankan majikan.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, penetapan itu juga akan menyebabkan pembaziran tenaga yang serius jika dilaksanakan.

“Kami terkejut dengan keputusan yang tidak masuk akal ini. Adakah majikan perlu menggaji sehingga tiga atau empat amah untuk menjalankan tugas memasak, mengasuh bayi dan mengemas rumah?” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman, semalam yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Menurut Reyna, amah dari Indonesia yang akan mula dihantar ke Malaysia bulan depan hanya akan melakukan satu tugas khusus di rumah majikan mereka dengan gaji minimum RM700.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini menafikan pernah menyatakan persetujuan itu dan menganggap kenyataan Reyna tersebut adalah tidak berasas.

Engku Fauzi yang terkilan kerana pihaknya tidak dijemput dalam proses membuat penetapan itu juga meminta kerajaan mencari sumber pembantu rumah baru terutama dari Kemboja dan Filipina sekiranya Indonesia terus berkeras dengan keputusan berkenaan.

Jelasnya, kualiti pembantu rumah dari negara-negara Asia Tenggara lain adalah setara dengan republik itu ditambah dengan kelebihan melakukan pelbagai kerja dengan satu gaji.

“Secara logiknya, majikan perlu mempunyai hak untuk bertanya kepada bakal pembantu rumah mereka dahulu berhubung kerja-kerja yang akan dilakukan.






“Sekiranya amah itu bersetuju membuat semua tugasan itu, maka, hanya satu gaji dibayar tetapi jika majikan rela membayar lebih, itu hak mereka,” kata beliau.





Perkara sama turut ditekankan Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pekerja Asing Malaysia (PAPA), Muhamad Maidin yang meminta kerajaan mendesak Indonesia menarik balik penetapan tersebut.




Katanya, memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara Indonesia dan Malaysia pada Mei tahun lalu perlu dijadikan panduan asas agar polemik sebegini tidak berlaku.



“Adalah tidak adil bagi negara jiran itu mengambil keputusan tersebut dengan mengambil kira hanya satu atau dua kes penderaan dan penganiayaan yang dilaporkan,” kata beliau. Petikan dar Utusan Malaysia

 

gambar hiasan – google
Wah, satu kerja satu amah jadinya… aku nih bukanlah ada amah kat rumah, tapi agak terpanggil nak mencoret di sini..bayangkan dengan satu gaji RM700 sebulan, satu amah hanya menjalankan satu kerja contohnya kalau menjaga anak, maka jaga nak saja lah kerjanya, jangan di suruh membasuh baju, memasak malahan ke market,pasar malam atau nat.. Kalau diambil untuk membasuh, basuh aje lah.. dari bangun tidoq.. basuh baju, basuh keta, basuh rumah dan bermacam basuh lagi.. sampai lah tidoq balik pada malamnya.. isk begitu juga dengan keja lain, kalau jaga orang tua2, itu saja lah melayan orang tua  saja… 
Cer bayangkan, kalaudalam satu rumah ada anak kecik, ada nenek tua, perlu tukang masak, pembantu kerja-kerja rumah lain, dah berapa amah yang perlu di ambil, berapa banyak yang perlu di keluarkan modal, dah tu di bagi makan dan tempat tinggal.. di bagi cuti juga, dah tu kalau majikan bercuti, dia pon ikut juga, bahlan kalau balik kampung ikut majikan, dia pon ikut balik kampung bukan nank tolong orang tua di rumah, tapi jadi bagai mem besar juga.. tak leh tolong-tolong.. kalau tak kena denda majikan tuh…
Isk rasa macam dah ‘mua’ sangat lah, dari satu segi aku rasa ada lah sangat tidak berbaloi, tapi bagi yang tak berkerpluan macam aku mungkin senang berkata macam nih, tapi yang betul-betul perlu, bagai tak ada pilihan… Namun bagi aku juga, ini mungkin sebenarnya satu peluang, peluang untuk mencari warga tempatan sendiri untuk memenuhi keperluan ini, mungkin dari membayar RM700 untuk satu kerja, baik juga kalau kita bayar RM 800, RM 900 malahan seribu untuk warga sendiri, mesti ada yang mahu.. kalau selaraskan program macam amah luar tu, gantikan dengan amah tempatan.. apa kata anda… 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s