Tak terfikir pulak tahun nih akan dapat pergi cuti-cuti Malaysia, ialah anak masih lagi lembut, masih muda baru 3 bulan, tapi dengan tiba-tiba, di ulangtahun kelahiran yang ke 3 bulan nih tiba-tiba ada pulak tri ke Jertih, Kuala besut, Kampung Raja dan Kg Air Tawar Terengganu. Sungguh tidak di rangcang dengan rapi, walau bagaimana pun dengan alasan yang aga keperluan , mau juga berangkat ke sana.
Di beritakan saudara di sana sedang tidak sihat, jadi keluarga di sini berhajat nak kesana, melawat orang yang di beritakan sedang sakit, juga tidak di ketahui tahap kesakitannya. Jadi dengan tergesa-gesa persiapan segera di buat dengan sedikit kebetulan (atau dirancang) dapat jua sedikit peruntukkan, pertamanya, tayar kereta perlu di ganti keempat2nya, sudah hampir 4 tahun usia dia, dengan jarak perjalanan yang bukan juga sedikit sepanjang perkhidmatannya (tayar tu), begitu juga pemeriksaan ringkas… Sesudah nya di hari  Sabtu, 10 Mac 2012 berangkat lah kami ke sana.
Perjalanan melalui Jalan Gerik – Jeli kali nih memang agak mencabar, bertolak saja dari rumah kira-kira jam 8.30 pagi, cuaca dah redup, tapi sesekali cerah jua, memberi sedikit harapan agar perjalanan lancar dan selamat. Namun bila dah keluar dari PLUS di Gurun, cuaca mula redup dan gerimis. Menghampiri Pekan Baling cuaca masih juga kejap panas, kejap ujan, kejap gerimis. Bagitu juga la keadaannya di sepanjang perjalanan Jalan Grik-Jeli nih, kenderaan juga agak banyak, maklum lah awal cuti persekolahan, mana yang nak bercuti, mana yang pergi kenuri, mana yang pergi makan angin dengan keluarga.
sempat singgah buka bekal di hentian, makan cukup laju sampai tak tengok kelilin..lapaq ohh!!

Hampir jam 4.00 petang baru lah sampai Daerah Jeli, meninggal kan pengalaman yang agak tragis di sepanjang perjalanan, aku nampak ada dua eksiden, namun pak mertuya ku kata ada tiga, mungkin aku tak perasan, tapi menjadi trauma juga pada mem aku, mungkin kondisi badan yang masih lemah, namun Alhamdulillah semuanya selamat belaka.Jam 6.00 sampa juga destinasi yang di tuju, Kg Air Tawar, Besut Terengganu.

Sampai jer, sebelum makan malam, dalam dok sembang-sembang tuh, depa dah jamu kopok lekor dulu, katanya buat hilang letih, kopok buatan sendiri nih.. memang nyum-nyum aje lah kan..

Dah melawat orang sakit, tengok-tengok dia dah sihat, boleh jalan sana sini dah, jadinya malam tu kami mesyuarat lah, akhirnya dengan kata sepakat, pakat setuju nak pergi Pasar Payang, Kuala Terengganu.. perjalanan lebihkurang 2 jam dari Besut, tapi dek perjalanan mengikut jalan kampung, berdekatan pula dengan pantai, tak jemu rasanya memandu. 
Dah abis membeli, melawat bagai, sempat jua kami singgah Masjid Kristal, Pulau Duyong Kuala Terengganu, bergambar lebih kurang, melayan karenah anak anak-anak yang memang tak tahu duduk diam tuh, sedar tak sedar dah hampir jam 6.00 petang. Wah cepatnya masa berlalu.. terus bertolak balik ke Besut, jam 9.00 malam juga baru lah sampai.
Cadangan awalnya hari ke dua di Besut ni nak pergi lah tengok Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru, tak da lah jauh sangat kan, dalam 40 minit macam tuh, tapi mem aku dah pancit, tak sanggup jalan jauh pulak, jadi kami biar sajalah mak pak mertua dan iparku pergi, kami tunggu rumah sajalah.. Tapi tak benar juga la, rupanya mem aku dah ada cadangan lain, meronda Pasar sehari Kuala Besut, kononnya tengok-tengok saja, tapi sempat juga membeli, adeh la…
Petangnya hujan lah pulak, tadi tu dah janji nak bawak depa pergi pantai, isk abis tu macam mana nih, mesti bising pulak, namun di kala hujan sedikit teduh sempat lah bergegas bawak depa ke tepi pantai Bukit Keluang, jarak dia dalam 2km saja dari Air Tawar. Cantik juga tempat nih, dengan pasirnya, dengan bukitnya, namun mandi-mandi di sini adalah tidak di galakkan terutamanya di musim-musim begini, laut agak bergelora, ombak agak tinggi dan kuat, dah tu ada juga sejarah hitam.. so kena berhati-hati juga.. walaupun ada JPAM dan menara pengawal.. tapi keselamatan perlu diutamakan.

Hari Selasa, 14 Mac 2012 kami bertolak pulang, Jam 9.00 pagi bertolak dan sampai rumah dalam pukul 9.00 malam, maklum saja la bawak anak-anak yang sedang membesar juga membawa anak kecik ni memang banyak karenahnya, kalau masa datang berkali-kali depa tanya bila naksampai, balik pon macam tu juga, jenuh lah juga melayan depa, sementara nak tidoq macam tu lah, bila dah letih bertanya, begini lah jadinya..
Posted by Picasa

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s