Adeh leee.. terkeluar lak entry di awal pagi macam ni, isk ini bukan apa ni, ini kes aku rasa serba salah ni, salah buat keputusan, aku terbeli tv baru, LCD LED 3D 60″ Full HD lagi. Rasanya harga lebih dari dari 50K harga dia, sudah la bayaran bulanan sebanyak rm 579 sebulan melalui kad kredit. Di saat nak sign agreement tu lah baru aku tersedar aku rasa tersalah buat keputusan, mau taknya, dalam agreemant tu aku tak leh keluar negara selagi tak abis bayaran, tak leh pi haji dan bermacam-macam lagi pantang larangnya lagi..
Masa ni baru aku rasa macam tertipu saja, jadi aku pon cuba-cuba lah nak kenselkan pembelian nih, tapi dia kata tak boleh dah, pasal dari awal aku dah setuju, kalau nak kensel juga terpaksa lah aku bayar juga yuran pemprosesan dokumen tuh sebanyak RM 4000.00 cash.. adeh cuba juga tukar kot boleh dapat pinjaman peribadi dari pembelian barang, tak lah rasa rugi sangat juga tak boleh pasal perjanjian dah di buat tinggal nak sign saja…
Aku dah makin pening masa tuh, dah makin tegang jadinya dalam bilik perbincangan tuh, makin ramai lak salesman dan sales girl yang dok jeling-jeling tengok bilik kecik di hujung kedai tuh yang makin panas, tapi aku rasa badan makin sejuk saja, aku pon susah hati jugak, nak buat apa lah tv sebesaq tuh, kan lebih baik kalau dapat cash saja, boleh buat simpanan ke… buat renovate rumah ka, anak2 makin bertambah, makin besaq nanti perlukan bilik juga… isk haru nih.. dan dalam masa sejuk hangat, sejuk hangat macam tu lah aku terjaga dari tidur… huh lega…
adeh rupanya aku mimpi SBPA lagi.. adeh deh deh deh…..

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s