Pada hari Sabtu lepas, Tok Ayah ngan Tok Pah buat plan nak timba telaga aka parit ternakan ikan belakang rumah tu, jadi pakat berimpun lah beramai-ramai segala rakyat Tok Pah dan Tok Ayah, yang takda pon Adik kat UITM Penang tuh, juga sorang cucu yang masuk asrama sekolah kat Arau.. jadinya meriah juga lah kat kampung tuh…. Cuaca lak memang dah lama tak ujan, jika ada awan tebal pon kejap kemudian di bawan angin entah kemana, memang musim kemarau betul, bendang dan sungai pon dah mula mengering da merekah..
Macam biasa bila balik kat kampung nih, macam biasa lah Anieq Nu’man nih memang tak mau masuk rumah punya, asyik merayau saja dalam kampung, kejap dia main dalam rumah kejap main batu kat luar rumah, hu hu memang heaven lah tu dapat main ramai-ramai macam tuh.
Acara awai bermula dengan mengering dan menangkap ikan di kolam bela ikan tuh, jadi dalam kol 10.00 baru mula pam keluar air dan dalam 12.00 baru kering dan tangkap ikan, ikan yang awal-awal tuh kena siang siap-siap untuk di makan tengahari tu, banyak juga ikan yang dapat, ada puyu, ada sepat, haruan, keli, lampan dan juga belut … jadinya menu tengahari ialah Haruan bakar, sepat bakar, gulai keli dan juga sayur-sayur dan ulaman.
Tapi dek kena Athirah sekolah ganti, maka tidak dapat aku join acara tangkap ikan pada sesi awal nih. Dalam pukul 2.00 petang baru lah dapat aku join balik. Tapi sempat juga lah makan nasi sekali… 
Abis Acara makan-makan, sambung pulak acara kedua… iaitu acara tebang pokok nyok (kelapa)

Siap tebang pokok nyok, telaga satu lagi dah mula kering, okeh tunggu apa lagi, siap tukar baju terus terjun tangkap ikan la..

Dan menjelang Maghrib, siap sudah tangkap ikan, makan bawak balik lah hasil tangkapan, walaupun kali nih tak sebanyak pagi, tapi kepuasan nya memang tak dapat di nafikan, mengimbau balik kenangan zaman dulu-dulu waktu kecik, terjun dalam parit untuk tangkap ikan.. ada bebudak la ni mau buat keja macam nih..?

dan malam nya lagi kenuri lauk ikan darat deee..
Posted by Picasa

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s