ADA APA DENGAN SAMBUTAN HARI JADI?

Bagaimanakah kita menyambut hari jadi?Dengan penuh kegembiraan, kesedihan atau kerisauan?

Adatnya, apabila menyambut hari jadi, kita akan rasa gembira dan riang.Apabila mendapat hadiah, menerima kad ucapan dan tahniah, perasaan riang gembira makin bertambah-tambah.

Ramai yang menyambut hari kelahiran berdasarkan Kalendar Georgian yang diguna pakai pada hari ini.

Soalan ringkas yang ingin diutarakan di sini, berapa ramai pula yang tahu tarikh lahirnya berdasarkan Kalendar Islam?Bukankah kita merupakan umat islam?

Jawapannya, diri masing-masing tahu…kalau tidak tahu, cuba-cubalah berusaha untuk mendapatkan tarikh tersebut.

BAGAIMANA MENILAI UMUR?

Ini sebagai tazkirah dan cadangan..bukannya ingin menghalang semua dari rasa gembira untuk menyambut hari kelahiran.

Kita semua tidak tahu berapakah subsidi umur yang dianugerahkan oleh Allah Swt kepada kita.

Apabila sesuatu subsidi yang kita tidak ketahui berkurang, sepatutnya kita merasa risau, takut dan bimbang, kerana berapakah lagi yang tinggal, hakikatnya kita tidak dapat menghitungnya..

Berapakah tempoh umur yang tinggal, telah berkurang.Berapakah lagi nilai yang tinggal, kita tdak pasti….Namun berkuran, itu perkara yang pasti…

Jadi umur kita makin meningkat, atau makin berkurang sebenarnya?Tepuk dada, tanya diri masing-masing..

AZAM PADA HARI JADI?

Apabila tiba sahaja hari kelahiran, maka ramai yang akan membuat azam.Berbagai-bagai azam yang kita dengari.

Namun, kadang-kadang azam itu hanya menjadi sebutan dan perkongsian sahaja.

Dari sudut praktikalnya, langsung tiada perubahan.

Hari ini menyambut hari kelahiran dengan azam yang baru, namun esok tetap memulakan kehidupan hari baru dengan gaya lama yang tiada peningkatan.

Dalam membicarakan isu umur, Rasulullah Saw telah memberi satu kaedah yang ringkas dan padat kepada kita.

Sabda Rasulullah Saw :

خير الناس من طال عمره وحسن عمله

Yang bermaksud :

Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya ( diberi tempoh hidup yang lama ), dan baik pula amalannya.

Riwayat Imam Tirmizi.

Jelas daripada petunjuk Rasulullah Saw, apabila bercakap mengenai umur, maka isu yang dibangkitkan adalah amalan.

Jadi, secara kesimpulannya, perkara yang harus menjadi azam kita setiap kali tiba hari kelahiran adalah peningkatan dan pembaikan amalan.

Sudah tentu dari hari ke hari kita ingin menjadi insan yang lebih dan cemerlang.

Maka insan yang cemerlang, adalah yang cemerlang pula amalannya.

MUHASABAH

Muhasabah merupakan suatu cara untuk kita menilai amalan kita.

Dan kebiasannya, muhasabah di dalam sesebuah syarikat atau persatuan akan dibuat apabila tamat tempoh pentadbirannya selama satu tahun.

Cuba kita aplikasikan perkara ini pada hari kelahiran kita.Ini kerana, tempoh kehidupan yang dianugerahkan telah pun habis setahun.

Jadi, aula dilakukan untuk ini adalah muhasabah…

Muhasabah syarikat atau persatuan adalah untuk melipatgandakan lagi program dan daya kerja.

Maka, muhasabah kita apabila tibanya ulangtahun kelahiran adalah untuk melipatgandakan daya amalan.Sesuai dengan peringatan Rasulullah Saw di dalam hadith tadi.

Rasulullah Saw di dalam satu hadith, ada menyebut 5 perkara yang akan disoal siasat oleh Allah Swt di Padang Mahsyar kelak.

Dan 5 perkara ini, sebelum disoal siasat oleh Allah Swt, elok kita jadikan sebagai isu untuk kita muhasabah diri kita.

Sabda Rasulullah Saw :

لا تزول قدم بن آدم يوم القيامة من عند ربه حتى يسأل عن خمس عن عمره فيم أفناه وعن شبابه فيم أبلاه وماله من أين اكتسبه وفيم أنفقه وماذا عمل فيما علم

Yang bermaksud :

Akan sentiasa tegak berdiri kaki anak Adam pada hari kiamat kelak menagadap Tuhannya, hinggalah ditanya tentang 5 perkara : 1. Umurnya, pada apakah dia habiskan. 2. Masa mudanya, bagaimanakah digunakan. 3. Hartanya dari mana sumbernya 4. Hartanya pada apakah diinfaqkan ( pergunakan ) dan 5. Ilmunya, bagaimanakah dia beramal dengannya.

Riwayat Imam Tirmizi

Jadi, kelima-lima perkara ini, seharusnya menjadi perkara muhasabah kita apabila tibanya ulang tahun kelahiran.

Dan sebenarnya, kelima-lima perkara ini harus menjai topik harian untuk muhasabah harian.

Kita lihat lihat hadith secara lebih terperinci, bukan secara bacaan lalu atau harfi.Kelima-lima isu yang dinyatakan oleh Baginda Saw, semuanya melibatkan hal peribadi seseorang.

1. Umur, ini adalah subsidi masa yang diberi oleh Allah Swt kepada kita untuk kita berusaha.Mengapa kita tidak dimaklumkan nilai subsidi ini?Jawapannya, supaya kita sentiasa berada di dalam bersedia dan tidak lalai.Kerana ianya akan ditarik pada bila-bila masa.

2. Masa muda, ini adalah tempoh kemuncak anugerah Allah Swt yang sepatutnya, kita gunakan untuk menambah amalan.Seperti sesebuaj syarikat, akan ada tempoh matangnya, di mana produktivitinya berada di tahap maksimum.Bagi umur kehidupan, masa terbaik untuk menambah produktiviti amalan, adalah waktu muda ini.

3. Harta, seseorang yang mempunyai harta, sedikit atau pun banyak tentu akan merasa gembira.Namun ingat, harta sekali-kali tidak mampu untuk menyelamatkan kita dari azab Allah Swt.Yang mampu menyelamatkan kita, adalah bagaimanakah muamalat kita dengan harta.Dari mana sumbernya dan pada apakah kita belanjakannya.Dua soalan mudah, tetapi jawapannya amat sukar bagi mereka pecinta harta.

4. Ilmu bukannya untuk dibaca, ditulis dan diperkatakan sahaja.Tetapi ilmu adalah untuk diamalkan dan disebarkan.Menjadi masalah, virus dan wabak kepada mereka yang mempunyai ilmu tidak beramal dengan apa yang diketahui tersebut.Ilmu jika digunakan, menjadi hasil yang lumayan, jika kita pandai menggunakannya.

KESIMPULAN

Artikel ini, bukan bertujuan untuk menyedihkan dan menakutkan seseorang apabila menyambut hari kelahirannya.

Tetapi, sebagai tazkirah dan peringatan bagi kita yang sering lupa.

Ingatlah, di samping seronok menerima ucapan dan hadiah hari jadi, jadikanlah ulang tahun kelahiran tersebut sebagai detik untuk bermuhasabah akan pengisian umur yang telah lepas, supaya dapat melakukan anjakan paradigma untuk pengisian umur yang mendatang.


Di petik dari : Internet

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s