Isk, dah lama tahun baru berlalu, dah hampir sebulan, beru hari ni teringat nak kuar ntry pasal tahun baru, betapa sengal deeee… itu pon dah dok baca blog orang lain ada kesah update baru lah teringat yang blog sendiri tak update – update pon rasanya gitu2 jer lah…
…carian google…
Baik lah, kalau di fikir-fikirkan pasal azam tahun baru tu hmm masih awal, tak pe kita flash back sikit di akhir-akhir tahun lepas, awal tahun lepas, aku tak de nak berazam apa sangat sebenarnya, lebih dok tumpu pada Athirah yang sedang masuk Tadika, yer lah Tadika Islam itu pon Tadika juga, mulanya teringin juga nak baby baru, dah Anieq pon masuk 2 tawun lebih dah kan, tapi mngenang mem aku yang baru lepas operate dalm bulan sepuluh tawun 2010, aku slow jer lah niat tu, kang dah baru lagi kan operatenya.. tapi nak di jadikan cerita, entah di mana silapnya, salah percaturan apa, mem terskip ke, tersalah kira ke, ter tidak makan ‘pil ubat tuh’, menyebabkan ‘bulanan’ nya jadi tak tentu, dan di ketika itu lah terjadinya ‘baby to be’ tu.. Alhamdulillah… Allah jua yang Maha Mengetahui.. 
masa nih dah 4 bulan kot..
15.12.11 – kali pertama baby dan mama di pertemukan..
dan hari ni dah sebulan umor dia
Peristiwa itu sebenarnya menimbul kan jua cuak di hatiku, isk kan ke luka dalam masih baru, kan ke ada juga terlajak makan ‘pil ubat tuh’, apakah nanti kesan pada uri dan sewaktu dengannya, apakah nanti kesan pada baby nanti. Isk banyak benor jua pertanyaan dalam kotak minda nih, tapi dek kekerapan mengunjungi klinik-klinik mengandung, hospital kerajaan maupon swasta, banyak memberi respon yang positif, alhamdulillah sekali lagi di permudahkan… Dalam tempoh mem mengandung nih juga begitu banyak cabaran juga, mana dengan berat badan lah, kandungan gula lah, itu dan inilah saling berganti.. tapi semuanya berakhir dengan selamat.. Pada 10.12.11 Putera kedua ku di lahirkan dengan selamatnya, dengan berat nya lebih kurang 3.15kg pada jam 9.55 lebih kurang aku rasa.. Sekali lagi Alhamdulillah semuanya sihat2 belaka. Kini dah sebulan umur baby itu.. masih merah dan lemah, namun memberi impak yang bukannya sikit pada ku.. 
Di awal tahun juga, Athirah dah mula masuk sekolah, walaupun sekadar pra, namun ianya tetap satu sekolah, jadi pembawaan pon dah jadi macam sekolah…namun berkat dah dua Tadika dia jengah, maka tak ada lah masalah dia nak sesuai kan diri, bersekolah pulak di dalam kawasan maktab perguruan mungkin dapat memberi banyak pendedahan yang berguna buat masa depan dia, bagi aku bukan kebolehan 3M semata untuk di jadikan bekal buat sesi persekolahan penuh tahun hadapan, tapi kebolehan membawa diri, kebolehan untuk berfikir dan seterusnya, sudah tentu semuanya tidak dapat di pra sekolah tapi pelan-pelan mari lah, moga di permudahkan jua…
Pasal Anieq pula, InsyaAllah kalau di izinkan, dia juga akan mula kenal erti Tadika, kawan-kawan, belajar dan bermain bersama-sama, bukan lagi bermain sorang-sorang atau dengan kakak nya saja, biar dia berkenal-kenal dahulu dengan alam yang bakal dia tempuhi nanti… dan semua ini adalah satu azam tahun baru. Bukan bermakna semua nih aku bermimpi atau angan-angan, cuma ianya azam, keazaman yang pasti ada pada setiap ibu dan abah, memberi yang terbaik pada anak-anak. Aku juga tak dapat nak janjikan suatu yang perfect namun aku cuba memberi yang terbaik, yang terdaya pada diri ku. Ada kala aku jua maengeluh, namun tak bermakna aku mengalah dan berundur, tapi cukup skadar melepaskan lelah..  

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s