Hari ni bermula lagi, episod terbaru dari siri Mr Mama dalam familiku, hmm mama baru saja ‘terbang’ ke Kuala Lumpur, sebelum terbang semula ke Kuching besok pagi. Kali ni mama pergi bukan kerana menghadiri kursus, tapi sebahagian dari program ‘mengrewardkan diri sendiri’ kerana secara kasarnya dia telah berjaya menamatkan  pengajiannya. Jadi bersama 2 orang kawannya yang telah memerah otak hingga ke titisan jingga, bertungkus lumus, berssengkang mata dan telinga, akhirnya berjaya ke destinasi pengajiannya, InsyaAllah minggu depan resultnya akan keluar.
mereka yang terbang
Petang tadi tergesa-gesa lah balik dari kerja, singgah pasar malam cari stok makan, pastu mama pulak tergocoh-gocoh bersiap, lepas tu kalut-kalut pulak nak cari umah kawan dia kat Jitra, tapi akhirnya pukul 7 baru sampai umahkawan dia, dah hantar terus saja aku balik semula ke rumah, dalam kol 7.40 ptg sampai umah, orang dah mula sembahyang Maghrib.   
dia ni ok je 
Masuk je dalam rumah, angah dia cite Athirah ada bunyi nak nangis, tapi bila Angah dia ceta tuh dia cover malu lagi, jadi buat tak heran sangatlah, terus masuk bilik nak sembahyang, dalam masa tu dengar lah dia nangis, kuat juga lah dok panggil mama dia, kata rinduk kat mama lah, nak mama lah, tapi adik ok je lah tak nangis apa.. cepat-cepat aku sembahyang lepas tuh barulah psiko ngan Athirah pelan-pelan dia nak apa. 
 banyak akai ooo
Hmmm rupa-rupa dia nak mengisap botol susu… isk dah ketagih sangat lah tu, adeh la.. Athirah sebenarnya dalam proses nak ‘lah’ (istilah dialek Perlis bermaksud lebih kurang macam nak berhenti dari mengisap susu, tapi biasa diguna pakai untuk hsap susu mak, tapi pakai lak untuk botoi susu, boleh lah kan…?) botoi susu, baru berapa hari nih dia tinggal botol susu, nampak gayanya masih terigta lagi, tak pa nanti kita cuba lagi… hmmm patut lah kemarin cikgu dia bgtau dia senyap je dalam kelas, mungkin teringat botol susu dia lah kot?
huh entry dalam kelam.. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s