** Aku juga cedok daripada (*) di bawah (Mat Zam)

***Ini Juga bukan tulisan aku, aku juga copy dari blog orang lain, pasai aku rasa ,ungin ada juga pasai dia..


* Ini bukan gua yg tulis…gua cedok dr sokernet.blogspot.com tulisan Lucius Maximus. Semoga dapat belajar sejarah. Dulu masa sekolah malas!!!


“Kalau kita lapar itu biasa. Kalau kita malu itu juga biasa. Tapi kalau kita lapar atau malu, itu karena Malaysia, kurang ajar!” – Bung Karno


Apaan sih yang kurang ajar? Kerana lapar dan malu? Kalau Indonesia lapar atau malu itu masalah Indonesia sendiri. Jangan tunding jari pada negara lain dan jadikannya sebagai kambing hitam.


Cerita bagaimana Indonesia sentiasa menjadikan Malaysia kambing hitam bukan benda baru. Bukan baru berlaku apabila Markus (penjaga gol Indonesia) dilaser para Ultraman Malaysia. Bukan juga berlaku pada tahun 1962 saat Sukarno tidak puas hati dengan pembentukan Malaysia dan terbantutnya cita-cita beliau menakluk Sarawak, Sabah dan Brunei yang digelarnya Kalimantan Utara. Cerita Indonesia tidak puas hati dan berdendam dengan Malaysia jauh lebih lama dari itu.


Kita kembali pada sejarah secara ringkas. Lama sebelum adanya Indonesia dan Malaysia, telah wujud terlebih dulu Empayar Srivijaya. Srivijaya ini letaknya di Palembang, Sumatera. Ia adalah empayar Melayu yang pertama, terbentuk pada kurun ke-7 dan menguasai seluruh Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu dari kepulauan Riau, Singapura hingga menganjur ke selatan Siam dan juga bahagian timur Jawa. Dari Srivijaya inilah berkembangnya tamadun Melayu awal dan dari keturunan raja inilah munculnya Parameswara, pengasas Kesultanan Melayu Melaka.


Namun pada kurun ke-13 ada kuasa baru muncul di Jawa, bermula dengan nama awal kerajaan Singhasari yang pastinya dipelopori oleh bangsa Jawa itu sendiri. Mereka bangkit menyaingi Srivijaya dalam siri peperangan yang berlarutan lamanya. Singhasari kemudiannya berubah menjadi kerajaan Majapahit dan persaingan Srivijaya-Majapahit berterusan pula.

Konflik Srivijaya-Majapahit bukan sekadar persaingan Melayu-Jawa. Ia juga persaingan agama. Persaingan antara ajaran Buddha di pihak Srivijaya dan Majapahit yang mahu menegakkan syiar Hindu di Asia Tenggara. Tanggal 1377, Srivijaya akhirnya tunduk pada tampuk kekuasaan Majapahit.


Dari Palembang, takhta Srivijaya atau apa yang tinggal dari sisanya berpindah ke Temasek (kini Singapura). Pemberontakan oleh saki-baki tentera dan wilayah yang setia pada Srivijaya berterusan untuk beberapa tahun lamanya hinggalah pada tahun 1401, bila Majapahit menyerang Temasek untuk menamatkan pemberontakan tersebut. Pewaris takhta Srivijaya di Temasek ketika itu, Parameswara namanya, lari ke Semenanjung Tanah Melayu di tempat yang kemudian dinamakan Melaka.


Dan begitulah seterusnya. Majapahit tumbang, begitu juga Melaka. Penjajah datang dan pergi. Akhirnya Indonesia merdeka dan Malaysia terbentuk. Kemudian Sukarno ‘butthurt’, menjerit Ganyang Malaysia dan tercetus Konfrontasi. Konfrontasi tamat 1966, Sukarno digulingkan dan Malaysia beroleh kemenangan moral. Selebihnya Indonesia sentiasa menyimpan dendam pada Malaysia, kalau mereka lapar, kalau mereka malu, kambing hitamnya ialah Malaysia. Kalau kalah bolasepak, kambing hitamnya Ultraman dari Malaysia yang memancar sinaran laser kepada Markus Si Botak.


Indonesia hari ini adalah jelas reinkarnasi (kelahiran semula) Majapahit. Malah itulah yang sebenarnya menjadi pegangan dan aspirasi Sukarno awal penubuhan Indonesia. Dan itulah yang dilihat oleh pejuang-pejuang kemerdekaan wilayah bergolak Indonesia hari ini, baik Gerakan Aceh Merdeka atau Organisasi Papua Merdeka, bahawa Indonesia hari ini tidak lebih dari sebuah kesinambungan Majapahit atau dalam istilah hari ini, Imperialisme Jawa.


Dan Malaysia, kita selalu melihat diri kita sebagai kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Itu silap. Yang sebetulnya kita harus melihat diri kita sebagai pewaris kesinambungan Srivijaya. Jangan setakat berbangga dengan Islamnya Melaka tapi malu dengan Buddha Vajrayana dari Srivijaya dulu.


Dan satu-satunya pemimpin Malaysia yang pernah berani menuntut hak-hak kita sebagai pewaris Srivijaya dulu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Nama glamer beliau, King Ghaz.


King Ghaz lahir di Kuala Lipis, Pahang. Tapi beliau tidak ada kena-mengena dengan Pipiyapong, bau bacang pun jauh sekali. Beliau antara individu yang bertanggungjawab dalam pembentukan Malaysia melalui penglibatannya dalam Suruhanjaya Cobbold. Usai terbentuknya Malaysia, King Ghaz menjadi wakil tetap Malaysia ke PBB. Dan Malaysia pula terpilih sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Lagilah Sukarno dan seluruh Indonesia ‘butthurt’.


Sebagai wakil tetap Malaysia di saat Konfrontasi memuncak, King Ghaz lantang bersuara mengutuk perbuatan terkutuk Indonesia menyerang Malaysia. King Ghaz dan Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama di dunia yang menyeludup masuk senjata ke dalam Majlis Keselamatan PBB, mengejutkan para pengawal keselamatan. Senjata tersebut milik tentera Indonesia, diseludup masuk dalam usaha Malaysia mendedahkan pembohongan Sukarno kononnya mereka yang menyerang Malaysia ialah gerila dan sukarelawan Indonesia, bukan tentera Indonesia.


Dan seperkara lagi yang mungkin tidak pernah diceritakan dalam buku sejarah sekolah, ialah bagaimana King Ghaz sebagai wakil Malaysia pernah mengusulkan kepada Amerika Syarikat satu rancangan sulit untuk menghancurkan Indonesia. Dalam perbincangan King Ghaz dengan dengan Setiuasaha Politik dari Amerika Syarikat, beliau memaklumkan Malaysia boleh sahaja mempengaruhi pemberontak di Sumatera dan Sulawesi untuk bangun menentang Indonesia. Dengan bantuan Amerika Syarikat, Indonesia akan berpecah kepada wilayah-wilayah kecil di mana Malaysia kemudiannya bersedia untuk mengambil alih wilayah tersebut untuk diserap dalam Persekutuan Malaysia.


Dalam erti kata lain, cadangan King Ghaz ialah memindahkan pusat pemerintahan dari Jakarta ke Kuala Lumpur. Maknanya Indonesia bubar dan Malaysia ambil-alih wilayahnya, atau berakhirnya Majapahit dan kembalinya era Empayar Srivijaya.


Tapi seperti termaktub dalam sejarah, Amerika Syarikat akhirnya menemui sekutu dalaman untuk dijadikan proksi bernama Jeneral Suharto. Sukarno digulingkan dan Suharto menjadi Presiden dan bermulalah Orde Baru. Malaysia pula kekal ke hari ini selepas cita-cita Sukarno untuk Ganyang Malaysia dan menakluki seluruh Borneo gagal.


Namun bayangkan, jika Amerika Syarikat tidak menemui proksi bernama Suharto untuk menggulingkan Sukarno mungkin negara Uncle Sam itu akan menerima cadangan King Ghaz dan Malaysia. Dan itu berlaku maka tidak adalah Indonesia sebaliknya yang ada ialah Malaysia Raya. Dan pada 26 & 29 Disember kita tidak perlu bermain bolasepak melawan skuad Garuda.




Apa kena-mengena cerita ini semua dengan perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini? Tidak ada kena-mengena sangat sebenarnya. Melainkan untuk kita semua memahami kenapa Indonesia sangat dengki dan benci kepada Malaysia dari dulu hingga sekarang. Macam aku katakan tadi, perasaan ini semua muncul dari ribuan tahun dulu, Indonesia lawan Malaysia ialah Majapahit lawan Srivijaya, Jawa lawan Melayu dan pernah pada satu masa, Hindu lawan Buddha.


Dan sebetulnya, atas semangat King Ghaz dan Kuala Lipis Hardcore, kita juga perlu tanam sentimen yang serupa. Tidaklah sampai berperang atau berbunuhan, tapi paling tidak dalam bolasepak kita perlu serapkan semangat patriotisme dan unsur politik.


Macam bila England bertemu Scotland, atau Perancis atau Jerman. Negara Rio Ferdinand ini pernah berperang dan bersaing dalam lipatan sejarah beribu tahun lamanya dengan negara-negara tersebut. Atau bila negara Argentina bertemu Brazil, keduanya kuasa besar Amerika Latin dan sentiasa mahu jadi yang terklasemen di benua masing-masing. Atau bila England menghadap Argentina dan semboyan Perang Falkland didendangkan. Tidak perlu aku sebut tentang Jepun lawan China atau Korea Selatan (dan juga Utara), tentang sentimen disebaliknya. Atau Afrika Selatan lawan Mesir atau Mesir lawan Algeria, apa lagi Iran lawan Iraq atau paling hebat, Amerika Syarikat.

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s