Adeh wat penat saje ari nih, kononnya semangat nak berlari, wakili jabatan, juga nak seronok beramai-ramai, beramah mesra bagai, tapi rupanya tak ada seperti yang dirancangkan oleh aku pon. Sampai saja kat Dataran Merdeka tuh, tengok orang dah kalut-kalut dok daftar, aku pon apa lagi, kalut nak daftar sama lah, almaklum lah wakil jabatan kan, mana boleh escape, kang malu nama jabatan, sekali dah sampai meja pendaftaran nama aku tak ada, nama jabatan pon dak ada.. ehh apa kes nih..?
Lepas tu recce2 baru lah tau rupanya larian nih untuk orang yang dah daftar awal-awal, maksudnya yang dah isi borang awal2 lagi, lepas tu pulak ini bukan nya larian mesra alam bersantai-santai dan beramah mesra macam tu, tapi sebenarnya pertandingan lah pulak, aduih patut lah tengok pakat dok warm up gila-gila punya, pertandingan yang terdiri dari 5 katagori kot, wanita veteran, wanita terbuka, lelaki veteran, lelaki terbuka dan lelaki junior, hadiah dia 10 tempat bagi setiap kategori dan hadiah utam ialah Cash RM500.00. Habis nih jabatan-jabatan yang di panggil untuk pulak? 
Jawab yang dok keja kat kaunter tu, penyertaan jabatan hanya untuk meramaikan majlis, abis tu yang yang beria-ia nak nama, ic bagai tu dan fax petang kemarin tu untuk apa? Hu hu.. nampak sangat lah kakitangan kerajaan nih di perguna bagaikan.. isk, isk.. akhirnya aku daftar juga lah , guna duit sendiri, dapat baju t dan nombor tuh, ampesh betui bila di gunakan semata-mata nak bagi ramai majlis pasal MB datang untuk melepaskan peserta, gamaknya lepas tu jenuh MB tunggu nak bagi hadiah, pasal aku balik saja lah tak join lari, nak lari apanya depa lawan, yang lawan2 tu semua mmg dah geng veteran dok lawan dah.. jadinya habis juga Modai aku RM14.50, 10 hinggit untuk daftar dan tshirt tu, 4.50 sen gi tuh beli nasik kat tepi jalan, tak selera dah aku nak makan nasi free kat situ…
lepas warm-up ada taklimat
lepas tu MB pun sampai
MB melepaskan peserta
..ini lah antara staf yang sempat aku jumpa, yg lain ntah la

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s