Ada beberapa perkara yang bermain di ruang batu jemala aku nih, hmmm pepagi tadi sewaktu bersahur, buat kali pertama mama menggoreng nasi untuk bersahur, memang mama belum pernah makan nasi ketika bersahur, hanya sekadar bertemankan makanan tambahan dan seplemen diet dia saja, pagi tadi mungkin juga kerana ada anak-anak murid dia makan kena lah dia masak.kalau dak depa nak makan apa kan…? Aku pon dapat juga merasa, hmmm lepas ada kah lagi anak murid dia nak mai berbuka di rumah…?
Tahun ni juga mama dapat berterawikh di masjid sebelah rumah aku nih, bagi tahun tahun lepas memang tak berkesempatan lah, anak masih kecik, kalai ni pon memang tak bawak anak pi masjid untuk berterawikh, kang kalau bawak abis satu masjid depa ronda, tapi mama berganti dengan angah la untuk berterawikh,, hmm elok lah juga macam tu kan berganti-ganti…
Tahun ni awal-awal puasa di jangka kan kawasan utara semenanjung akan panas dan kurang hujan, aduh mesti tekanan punya, bila berpuasa dan berterawikh dalam cuaca dan suhu yang panas, begitu yanng aku rasa lah pasal malam kedua berterawikh tuh memang panas sung, bercerau-cerau peluh keluar, tapi alhamdulillah selepas malam tuh, hujan pon makin turun malahan sampai hampir hari-hari hujan turun, tak kira la pagi ka, tengahari ka, malam ka.. janji hujan turun. Sekarang di jangka kan hujan akan trurun sepanjang bulan nih.. Alhamdulillah.
Sepekara lagi,pasal anak daraku nih, hmmm sekarang nih nampak makin selesa dia ke sekolah, macam dah boleh catch up apa yang dah ketyinggalan kat sekolah tu, al maklum lah orang masuk awal tahun dia masuk tengah tahun.. kalau dulu baru-baru masuk sekolah, kena hantar dia ke meja, dah tu kena berpujuk dan berteman, sekarang ni Alhamdulillah, tak payah berhantar dan berteman lagi, malahan hanya tunggu di kereta sahaja, siap dia pesan ” nanti abah tunggu ayong kat kereta saja ye”.. hu hu anak, dah makin membesar rupanya….
… sekian rapikan aku, merawat mata yang melayu.. isk isk… 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s