Alhamdulillah selamat sudah berpuasa hari pertama, syukur juga berpuasa pada hari pertama dapat aku harungi dengan tenang, penuh bersemangat. Segala-galanya berjalan dengan lancar.. di mulai dengan Tarawih pada malam pertama, yakni sebaik saja selepas fardu Isyak maka dengan jaya dapat di laksanakan sunat Tarawikh di masjid dekat dengan rumah aku nih.. mungkin kerana malam pertama tak ramai lagi yang datang, ada lebih kurang 3 saf lelaki dan juga 2 saf wanita.. biasalah malam pertama kan… balik dari Terawikh terus saja tidur bersama-sama anak-anak, hu hu semangatnya nank bangun sahur esok pagi..
Paginya seawal pukul 4.15 dah bangun, ha ha dah jadi macam tidur-tidur ayam lah pulak, maklum lah takut tak jaga masa nak bersahur nanti, sahur pulak ala kadar saja lah, nasik suku pinggan ponn susah nak habis, maklum lah malam pertama, perut ni seolah menerima kejutan budaya, makan pada kol 4 pagi memang nonsense gamaknya .. kononnya lepas  makan tak mau tido, tapi dah kol 5.45 dah tak leh tahan, tido juga, tapi 6.20 dah bangun mandi  dah..
Siangnya tak ada lah masalah sangat, pagi tu redup saja, sampai tengah hari lepas tuh panas pulak memmancar.. ok lah tak terik sanagat, elok saja.. sampai petang berbuka po ala kadar juga, masak sayur simple-simple macam tu saja.. jadi ok saja lah, lepas berbuka berterawikh lagi malam kedua, wah malam nih memang agak ramai, hampir 3 suku masjid jadinya.. dengan 6 saf lelaki dan 4 saf wanita memang agak ramai la.. dah tu lak malam memang agak panas, berpeluh juga di buatnya…
Dalam pukul 3pagi lebih hujan dan guruh kuat.. aduh patut la tadinya panas sangat.. apa pun pukul 4.30 dah bersahur, jadi sekarang nak tdo juga kejap ngantuk juga lah… 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s