hanya ini yang sempat.. sambutan ulang 
tahun ke 5
Originally uploaded by Sikelu
Selamat hari Ulangtahun Sayang!

Sedar tak sedar dah menjangkau 5 tahun usia perkahwinan kita kan sayang!Kalau anak berumur 5 tahun, tentu sedang aktif benar, tentu banyak keletahnya, tentu makin panjang akalnya kan sayang? Mungkin begitu juga dengan perkahwinan kita sayang, makin lama makin banyak ragam yang kita hadapi, makin banyak cabaran yang perlu di tempuhi…

Selamat hari ulang Tahun sayang,

dalam tempoh 5 tahun, yentu ikatan antara kita menjadi semakin rapat, setiap pergerakan, sifat, malahan kelakuan masing-masing teentu masih tidak sepenuhnya kita selami, mungkin masih banyak yang tersembunyidi dalam perasaan dan hati, tak perlu lah kita gali, kerana semakin lama ian akan timbul dan muncul jua akhirnya, jadi bersabar lah menanti..

Selamat hari ulang tahun sayang,

.. selama kita bersama , tentu banyak persaan tak puas hati, terkilan dan jua rajuk di hati, usah lah di dendam sayang, anggap lah ianya sebagai bumbu, untuk menyedap ikatan perkahwinan kita, mungkin kita rasa kita bergaduh tapi sebenarnya banyak menghurai rasa hati, jadi sama-sama lah kita hayati dan mencari iktibar dari salah dan silapnya..

Selamat hari ulang tahun sayang!

Bersenda bergurau, bermsam muka dan bergaduh, tapi jangan ada benci dan dendam, itu hanya lumrah dalam keluarga, kerananya kita makin mengerti dan bertambah erat.. semoga di tahun-tahun kehadapan, kita semakin erat, semakin mengerti dan saling memahami, juga semakin murah rezeki dan berjaya dalam kerjaya masing-masing, juga semoga kita di limpahi dengan kedihatan yang cemerlang.. Aminnnn

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s