Padi nan menguning dan..
 Athirah dan ikan (hmm macam tak de motif je)




Originally uploaded by sangkelu

Sekarang ni, dah masuk musim menuai kat Perlis dan Kedah, bila dah masuk musim menuai nih, pak tani jadi jernih muka depa, maklum lah setelah sekian lama bertungkus lumus mengerjakan sawah, dari membajak, lepas tu menanam padi, lepas tu pulak menylam semai yang tak menjadi, lepas tu kena membaja, lepas tu kena meracun rumput rumpai, baru lah akhirnya boleh dapat hasil tuaian yang memuaskan, dari pandangan aku yang dangkal tentang penanaman padi nih, banyak cabaran mengerjakan sawah sekarang nih, pelbagai jenis penyakit, musuh musuh padi yang tidak ada pada zaman dulu seperti siput gondang emas, lepas tu rumput rumpai yang dahulunya tidak ada tapi sekarang dah banyak di sawah-sawah, di sebalik masalah2, sistem penanaman padi juga turut berubah dan berkembang, bari dari segi penanaman mau pun dari segi penuaian padi.

Selain dari musim penanaman padi, musim sekarang ni sungguh panas dan kemarau juga akan melanda, sehingga hari ni rasanya dah hampir tiga minggu huja tidak turun, air di tali air, sawah=sawah, maupun sungai-sungai pengairan sawah dah mula menyurut dan mengering, dengan selesai musim menuai nih, suasana kepanasan makin terasa, malahan nantii suhu boleh mencecah 40 darjah celcius, selain dari padi, tebu juga sedang di tuai, mencetuskan semula fenomena salji hitam, tapi tahun-tahun ke hadapan ni, fenomena ini di jangka makin berkurang, ini kerana jumlah keluasan penanaman tebu dah makij berkurang, tanaman tebu di bawah kelolaan Felda, telah di hentikan dan di ganti dengan tanaman getah, aku tak pasti berapa banyak keluasannya tapi aku rasa besar juga peratusnya yang terlibat, tentu musim tuaian tebu tahun ni pastinya pendek.

Musim tuaian berakhir maka musim buah pulak bertukar ganti, mempelam harumanis yang terkenal, produk asal dari Perlis, kini sedang ggalak berbunga dan berputik, kalau ada rezeki, InsyaAllah dapat merasa lagi tahun nih, begitu juga rambutan dan buah=buah kayu lain akan bermulal juga nanti, jadi musim tetap berganti juga…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s