adeh semalam adik anieq kenakan aku , semalam lepas je maghrib terus dia tido, dengan sesekali meragam nak susu, tapi trus sampai aku masuk tido jam 10.00 malam dia tak jaga, malahan masa aku tukar lampin (pakai buang), dia tak jaga.. aman aku rasa denia ni.. ha ha… sampaikan aku terlena sekalai tanpa sempat nak telefon mama depa.. athirah pon lena awal..
tapi keamanan ku tak bertahan lama dalam kol dua pagi adik anieq jaga, aku pon macam biasa bingkas bangun buat susu dengan harapan dia akan tido balik.. tapi aku kuciwa tak mau dia tido nak ajak aku main juga, mula aku buat derrrk aje, tapi bila dia nak terjun tilam terpaksa aku layan juga la, dalam kol 3.00 pagi selepas aku rasa dia dah puas main, aku nak tido kan dia pakai buaian la, jadi aku keluar bilik dan buaikan dia kat rumah depan, bukan apa takut athirah lak jaga, tapi sekali lagi aku keciwa juga, adik anieq masih tak mau tido, walaupon dah dua botol susu masih dia liat juga, tapi aku gagahi jua, ku pujuk-pujuk sambil berdendang tanpa muzik dan macam-macam lagi cara yang aku terdaya akhirnya mau juga dia tido2 ayam, dan aku menaruh harapan tinggi nak sambung tido balik…
di kala harapan aku nak sambung tido balik tu lah, tiba2 jugak athirah bangun tido, datang kat aku dan tido atas riba aku, adeh tension aku, musnah sudah harapan aku di ketika itu.. dan, dan-dan tu juga mata adik anieq terbuka luas balik, lepas tu boleh main-main dengan athirah dok lawan sorak, lepas tu lawan gelak,, adeh makin tension aku… pastu aku angkut semua masuk dalam bilik.. bancuh susu lagi, adik botol ketiga dan juga athirah.. lepas t athirah lena tapi adik masih juga tak mau lena.. sampai lah pukul 5.00 pagi.. baru dia tido.. sempat lah aku lelap dalam sejam lepas tu dah bangun siap2 nak hantar angah gi keja lepas tu hantar athirah pi umah pengasuh dia, mana kala adik anieq masih tido sewaktu aku angkat masukkan dalam baby chair tu, dari rumah gi kangar, patah balik bubuh minyak keta, hantaq athirah dan balik umah semula tak jaga pon dia.. he hee
sampai umah sempat juga makan nasi lemak, kueh sikit, member*k, dan segala balanya sikit-sikit dia masih tido atas buaian, dan sehingga aku nak habiskan taip entry ni dia baru je jaga, sedang sibuk main keta-keta dia tu dengan mulut kejap bunyi keta, kejap bunyi siren .. sambil tolak keta naik badan aku yang sedang taip entri ni.. ok lahwrap off lah nak bagi dia makan moi nih…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s