Hmmm.. sudah 3 hari berhari raya, baru terlintas nak ku coretkan disini, ntah lah.. sungguh aku jadi malas+segan+tak rajin nak mengupdate kat sini, macam sudah mau berputus arang, tapi nehi-nehi tak akan aku berpatah arang di sini, walaupun pelan-pelan kayuh kata orang, asalkan terus tak tertinggal di belakang dah kira ok lah kan..?

Kenapa harus aku segan+malas+tak rajin nak update blog nih, mungkin juga kerana aku asyik melayan FB, FV dan sebagai nya, membawa dari rumah ke pejabat, dari pejabat bawak balik kerumah.. aduhai sungguh aku addicted to FB, …

Sebelum apa-apa baik aku update tentang raya sikit, tentang Anieq sikit, tentang athirah sikit, ada juga coretan yang leh tinggal dan tak tanggal kat sini kat? Raya haji tawun ni bagi aku sungguh slow lah, tak ada majlis korban di masjid, hmm entah pasai apa tah, adakah pasal tiada yang sumbangan untuk di buat di masjid, juga mungkin kekurangan orang nak pesah (berkerja) kat masjid, hanya ada dua kumpulan pada hari raya pertama, satu di umah pak menakan aku di belakang rumah, aku hanya sempat singgah sekejap, dan satu lagi di rumah Pak Cik Mei tukang semelih lembu di hujung kampung nu.. dia dah menjadi feveret untuk semelih lembu, jadi ramai yang berhimpun .. aku tak sempat nak pi pon..

Berbalik cerita raya pertama nih, pepagi selepas siap2 semua ketika nak bertolak ke masjid, tiba2 eletrik lak terputus, habis sunyi kat masjid tak terdengar suara takbir, jenuh juga tok imam menguatkan suara dia nak bagi dengar anak jemaah sampai ke luar masjid.. terutamanya waktu sembahyang pasal imam mengadap ke depan jadi suara tok imam tak sampai ke belakang, hanya ada sorang dua yang sambut suara tok imam untuk bagi anak jemaah lain dengar, masa khutbah Aidil Adha ok lah sikit..

Lepas sembahyang sunat Aidil Adha, ada juga saudara dan kenalan lama arwah mak singgah kat rumah, mungkin teringat arwah mak kot, jadi datang nak tengok bekas kata orang.. nasib baik sempat juga mem aku masak mee kuah, ada juga juadah untuk di jamu, kalau tak kuih kering saja la.. dah habis tetamu balik baru lah jengok rumah pak menakan yang buat korban tuh, hmm dah rmai yang menolong aku tengok je la.. sambil dok sembang pandai.. ha ha..

Dalam pukul 11.00am baru pegi rumah pengasuh Athirah, tu pon pasal on the way nak balik Sg Padang rumah mertua aku, jadi seharian hari tu aku ada kat umah mertua aku la.. bila dah masing2 dok bercerita, aku pon cari port nak bikin cerita sendiri la, tapi Athirah punya pasal, tak dak can la, jenuh dok monitor dia,..

Sedikit perkembangan adik Anieq, sekarang ni dia dah semakin manja dengan mama dia, mungkin masa baru balik hari tu dia tunjuk perasaan dan protes, kini bila mama dia cuti mesti nakada depan mata dia saja, kalau tgk tak ada mula melilau cari, sekarang dia juga dah cekap merangkak walaupun nampak macam kaki dia agak lembik, tapi dah boleh berdiri kat kerusi, meja dan almari dalam rumah. Athirah ok saja la sekarang ni, bila mama dia balik ari tu boleh dia tanya mama dia “mama pi mana, mama lari ka…?”.. adeh senak perut aku dengaq dia tanya macam tu, mungkin bagi dia bila mama dia pi lama2, mungkin lari lah kot..?

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s