Sudah lama rasanya aku tak update pasal anak-anak aku nih, hmmm etah kenapa aku jadi sibuk yang tak menentu, tak ketahuan apa yang di sibukkan.. tetapi itu la yang pastinya sekarang memang aku sibuk dengan depa dua la, al maklumlah aku membujang sementara bersama dua orang anak aku ni….

Anieq nih sekarang dah pon setahun, tapi agak perlahan perkembangan dia, emm tu la ada kalanya dalam ramai2 tu ada jugak yang slow nya, aku tak pasti kenapa, mungkin pasal dia dua kali masuk wad hari tu, juga mungkin pasal susah sangat nak lepaskan dia, asyik nak pegang, dukung dia saja.. he hee.. jadi di umur setahun ni dia masih baru nak belajar merangkak, tapi dalam masa yang sama dia juga dah boleh ‘didudukkan’.. juga sekarang ni dah pandai merayap sendiri , bangun sendiri untuk merayap sambil dok pegang kerusi, mungkin dia rasa dah ketinggalan jadi dibuatnya sekali gus merangkak , duduk dan berdiri dalam masa sebulan nih… tak pa Anieqkan?.. usaha tangga kejayaan.. 

Sekarang ni memang aku bertiga dengan depa plus kakak aku yang kena mengasuh terutama ketika malam dan hari cuti, dan bila mauk tido aku lah sepenuhnya.. tak pe la.. anak-anak kan..? Mem aku masih lagi berkursus di Ins. Aminuddin Baki kat Genting Highland sampai 24.11 nih.. tapi Alhamdulillah nak jaga depa ni tak lah susah sangat, mungkin depa pon paham.. pak depa ni pon kalau depa kelam kabut dia lagi lah gelabah.. sudahnya sapa pon tak lena… 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s