Seperti yang telah aku nyatakan pada catatan ringkas dua tiga hari lepas, sekarang ni mem aku sedang menghadiri kursus (ntah apa tah.. ) di Institut Aminuddin Baki Genting, jadi dengan sendiri nya aku mengisytiharkan diri ku bujang kembali tapi bersama dua anak.. hmm boleh ka begitu.?
—gambar kredit to nazim–

Hari pertama aku lalui seperti biasa la, tiada apa yang janggal, begitu juga dengan anak-anak, maklum la bila time cuti Ahad, mama depa memang kerja, jadi dah jadi kebiasaan la.. pagi dalam kol 9.30am pi hantar mem kat Jitra untuk tumpang kawan dia yang nak bertola ke Genting, bawa Athirah sama.. dia cool aja walaupun dalam keta tu dok atas riba mama dia saja.. hmm macam tau saja nak kena tinggal.

–mereka-mereka yang kena tinggal–
Malamnya baru la bermula episode tanpa mama di sisi, hmm adik lena awal dala jam 7.00 malam.. terus sampai bawak masuk bilik tak jaga, tapi dalam pukul 4.00pg dia terjaga, macam biasa nak susu.. jadi bancuh kan kat dia terus tido balik sampai 6.30 pagi.. pass tak ade masalah. Yang bermaslah sikit ialah Athirah, dia masih lagi dalam edah sakit gigi, jadi dia terjaga dua tiga kali dan menangis kerana sakit gigi, jenuh aku pujuk balik suruh dia lena. Pagi nya aga senang pasal semua persiapan seperti baju2 dan peralatan untuk di bawak ke rumah pengasuh dah siap, baju2 aku juga dah sap aku seterika.. jadi tak makan masa sangat di waktu pagi.

Petang hari ke dua, dalam kol 5.50 ptg baru amik adik dan Athirah kat umah pengasuh masaing2.. terus balik rumah Angah nak masak untuk makan malam, abah dia mengasuh saja la.. adik tido awal juga dalam 6.40 dah tertido mungkin pasal dia bangun awal kat rumah pengasuh, Athirah pulak batuk-batuk jadi abah dia bagi ubat batuk.. jam 9.00malam lebih2 Athirah dah lena.. jadi boleh terus masuk dalam bilik, tapi nak di jadikan cerita adikla bangun dalam jam 9.45 malam, terpaksa lah abah melayan adik yang tak jemu2 main lori kecik dia tu, kiranya dalam pukul 11.30 malam baru adik terlena pulak.. jadi bawak saja masuk dalam bilik, lepas siap sembahyang Isyak segala, tido la.. tapi dalam kol 2.30 adik jaga lagi, mungkin dok tercari mama dia, pasal dok sebut mama – mama, jenuh juga layan dia sementara nak tido balik, rasanya sampai kol 4.00pagi lebih baru tido balik.. adeh baru dapat sambung tido sampai jam 6.00pg.. 

Pagi nih, kol 6.45pg dah keluar hantar anak ke tempat ngasuh.. dan petang nya lebih kurang jam 6.00ptg baru amik depa, adik tido jam 7.10 ptg, tapi jaga bali jam 9.30 kena layan dia main kat tempat tido sampai jam 12.00 masukkan dalam buai barunak tido.. Athirah pulak jam 11 baru tertido selepas puas dok bergelak sakan dnegan adik.. emm entah apa yang depa buat, pasal abah dah lali-lali ayam.. tapi dek kerana adik lom tido terpaksa gagahkan diri buai kan dia.. bila dah setel mata lak tak nak ngantuk.. he hee.. so ceta ni akan berterusan hingga 3 minggu mungkin.. hmm 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

One response »

  1. Nana.... the only me. berkata:

    hi, my fergie2nana.blogspot dah dilupuskan..ganti dgn new url ni..keep in touch ya!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s