Hehe.. tak ada apa apa kisah pon sebenarnya, hanya setelah lama tak makan bihun sup kat gerai dekat dengan rumah ni, dulu ianya agak femous juga lah, tapi semenjak dua menjak selepas isteri Harun ni meninggal kerana kanser payudara maka perniagaan dia pun jadi slow, aku tak pasti samada kerana isteri dia, atau kerana harun tu sendiri yang melariskan perniagaan dia.. jadi semalam tiba-tiba saja mama budak2 nih ajak pi situ, jadi on sajalah pasal keta pon nak kena boh minyak..
..bihun sup Harun

Setelah sekian lama tak makan bihun sup dia, rasanya dah banyak berubah, kalau dulu tuh memang kaw-kaw punya sedap, dah tu berminyak-minyak lemak dia.. hmm itu yang aku jarang makan tuh, kang banyak sangat minyak dan lemak tak baik unuk kesihatan… masa sampai kat kedai bihun sup ni dah pukul 6.15 petang, suasana petang yang agak malap seolah nak hujan tu menjadikan suasana malam lebih terasa.. Duduk saja terus saja order 2 bihun sup biasa dan satu bihun sup kosong untuk Athirah & adik Anieq.. untuk Adieq Anieq ni leh tgk dan rasa kuah saja, dan 2 milo ais.. maka mula lah acara makan berganti-ganti.. kejap abah pegang adik, kejap tu mama pulak, sehinggalah siap makan 20 minit kemudian.. 
..dua orang jejaka baru lepas gunting rambut..

Kisah dua jejaka pulak ialah dua dua nya sudah berambut pendek, dan adik Anieq kali pertamnya dah berpotong ramabut, nasib baik dia ok tak meragam masa bergunting rambut.. tapi kena berdukung juga la, kalau tak mau ke dia duduk diam, tapi Alhamdulillah semuanya sihat berjalan lancar.. dan kisah si Athirah pulak sekarang ni kerap dia dok buli adik dia isk apa la.. nanti adik dah besaq tentu adik yang buli dia pulak la…..
..anak dara yang makin nakal dan keletahnya sentiasa mencuit jiwa,

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s