Petang semalam, aku dengan mem cuba juga untuk mintak discharge kat doktor, maklum la hospital swasta ni kan, lagi lama duduk memang kos dia akan makin naik, tapi nasib baik lah mem aku ada amik insuran untuk anak-anak, jadi dapat lah claim dari insuran, kami cuma top up mana-mana yang insuran tak cover saja, macam bilik yang lebih dari rate yang di benarkan, extra meal dan beberapa macam lagi la, bila dah pernah masuk dah sekali, jadi tau lah sikit nak budget mana boleh dan mana yang tidak…

Berbalik dengan kesah adik Anieq, masa ni suhu badan dia masih tak menentu, kejap naik, di beri ubat turun balik, dah macam-mcam jenis ubat dan antibiotik di beri, ada yang diberi makan, yang disuntik melalui drip, masuk melalui air ikut drip juga, malahan ada yang dititik melalui mulut.. kadang kadang tu kesian tengok adik Anieq, tapi nak buat macam mana kan, demi nak bagi lega taha hati saja la.. Dah tu pulak hari-hari kena buat fisioterapi sedut kahak.. menangis-nangis adik Anieq..

Menjelang tengahari doktor datang bagitau suruh buat x-ray sekali lagi dan buat ujian kahak juga, pasal doktor dah try bermacam ubat tapi keadaan dia masih sama, jadi besok paginya kena buat ujian sekali lagi la…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s