Sebenarnya tujuan drip untuk adik Anieq bukanlah untuk masukkan air tapi semata-mata untuk tambahan antibiotiknya, keadaan Adik anieq tidaklah kritikal, cuma demam panas nya memang agak kuat, sampai satu masa hampir mencecah 40 darjah selsius, ini menyebabkan setiap empat atau lima jam dia kena makan ubat, dah tu pulak nurse akan datang monitor suhu setiap satu atau dua jam sekali..

Pada masa yang sama Athirah pon demam juga, dan lepas tu mama depa pon demam, dah jadi macam ni, aku pon jadi macam tak boleh nak lena, kejap rasa badan adik, lepas tu kakak lepas tu mem pulak, mem aku pulak dengan sakit kepala, urat la.. memang takleh nak jaga adik Anieq la.. aku rasa sampai dekat pukul tiga pagi dia lena, baru lah boleh bangun tidor dengan adik Anieq… Athirah tidor atas kerusi panjang dan aku tidor atas lantai beralaskan toto (lemek?)..

Nak di jadikan cerita,mlaam tu dek buasnya tido Athirah, mungkin dia dok bergolek-golek atas kerusi tu, entah pukul berapa pagi tah, dia jatuh dari kerusi, nasib baik aku tido kat bawah tu.. terus jatuh atas aku, mujur dia tak nangis ka apa, terus aku angkat letak balik atas kerusi, dan terus tertidor balik…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s