Pagi tadi, aku dan mem bawak adik Anieq ke KMC nak buat pemeriksaan lagi, selepas seminggu lalu admitted kat KMC, semalam dia demam lagi, agak panas juga la aku rasa, jadi mau tak mau aku terpaksa lah juga aku amik cuti yang dah tinggal seciput tu, yer lah anak lah katanya kan.. 

Dalam pukul 8.00 pagi lebih, kami bertolak ke Alor Setar, tu pun selepas sesi pujuk-pujuk nak tinggal Athirah kat umah pengasuh dia, lepas tu terus berangkat, sampai kat sini dah pon 9.15pg lebih, cadangnya nak pegi peksa, amik ubat dan balik la, almaklum la hari Jumaat masa terlalu pendek rasanya..

Dalam 9.40 macam tu, baru dapat jumpa doktor, hmm ramai juga mungkin pasal Kedah bercuti hari ni, jadi senang buat janji temu dengan doktor di huj8ng minggu.. masuk dalam, terus doktor suruh timbang berat adik Anieq, masih juga 8.1kg.. ok lah tu, kemudian check tempreture, wah suhu badan dia dah naik sampai 38.7 huu terus doktor kata, baik admitted saja la, senang dia nak monitor.. jadi dengan sehelai sepinggang tuh terus masuk wad, sempat lagi buat fisioterapi jam 11.0 pagi, lepas tu baru lah aku gi semayang.. dalam pukul 4.00 ptg baru aku balik amik pakaian dan kelengkapan yang patut, hantar baju dan pampers tambahan kat rumah pengasuh Athirah.. malam nya kami bertiga, aku, mem dan adik Anieq tidur kat wad, manakala Athirah di umah mak dia… dalam kol 9.00 malam mak Athirah telepon bagitau Athirah lak demam.. adehh  nanti  sambung lah…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s