Okeh, dunia ini kadangkala di tengah kita seronok-seronok, tiba-tiba saja jadi tak seronok, dan di kala kita tengah-tengah tak seronok tiba-tiba saja terus jad seronok, tapi entah aku ni tak tahu macam mana la pulak, pasal aku tak tahu aku seronok ka tidak.. ini semuanya berkaitan dengan kerja..  itu la.. tempat kerja aku itu entah lah aku suka atau tidak, di mana dahulu aku anggap tempat ini satu kuarantin, iye lah siapa siapa yang tak ngam dengan orang atas, ada masalah  dalam jabatan, atau tidak di gemari orang lain, terus akan di hantar di situ untuk ‘berkursus’… dan orang yang memberi kursus adalah Arwah Puan Rokiah la.. dia ni memang agak straight foward bila berkata-kata, jadi kalau ada yang tak berkenan di hati, salah pada pandangan dia akan di beri ucap tama la.. he hee tak sangka aku juga akan berkursus juga akhirnya.. entah mungkin juga pihak pentadbiran dah tak berkenan dengan aku…

Kenapa aku tak cerita masa awal awal berkursus dulu, ya pasal blog ini dah mendapat perhatian dari orang atasan aku rasa, atau mungkin juga sekurang-kurang nya orang admin dah dok baca, mungkin depa mengkhabarkan pada bos.. haaa haa sesuka hati aku membuat pernyataan .. tapi bukan tuduhan.. cuma aku perasan-perasankan saja la… semenjak aku tersingkir dari bahagian yang aku dah duduk dengan 5 – 6 tahun iaitu bahagian hipermedia, di mana dulu aku di tugas menyediakan, mengemaskinikan laman web, peralatan hipermedia,servis kepada pengguna, presentation untuk pengarah, booklet, brochure dan bermacam poster, semuanya aku buat sorang, dan selepas itu segala jawatan penolong pegawai di ujudkan.. dengan secara perlahan-lahan aku tersingkir, hingga membawa ke bahagian kanak-kanak dan seterusnya di kuarantinkan..  dan kini sekali lagi aku di tendang.. di tendang untuk bergerak ke serata pelusuk negeri, kalau dua tiga bulan lepas di senyapkan di bahagian Perolehan dan Katalog, kini bebas bergerak ke sana sini la pulak… 

Mungkin juga satu rahmat buat ku, aku kena terima dengan positif kan, dan mengikut alasannya aku ni pembantu senior, dan kerja-kerja begitu adalah tidak munasabah buat aku, yer lah kerja dok daftar buku, mungkin sorang PAP ada lah mencukupi.. okeh la.. aku di up kan sikit.. kursus aku dah tamat lah kot..? ha haaa.. tapi yang buat aku kecik hati dan terasa hati ialah bila aku cuba rujuk pada pegawai baru ( ..yang dah senior) kenapa aku di tendang lagi? selamba dia cakap “hang kena pikiaq sendiri la, pasai apa hang kena tukaq selalu….” adaeh dengan pernyataan macam ni aku boleh biol dan hilang akal looo.. aku terpaksa rewind balik 11 tahun kerja oo nak cari apa salah aku.. apa salah kalau di bagitau apa salah aku, senang aku nak pebetuikan balik.. nih pakai main tembak macam tu.. sudah nya aku tutup saja lah sikelu ni buat sementara, biaq lah aku bubuh saja entri-entri baru saja.. kang aku dah jumpa masalah ka, apa ka aku combine balik blog nih, boleh di terima kan..?

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s