Adeh, rupa-rupanya sudah seminggu aka 8 hari dah, aku tak buat sebarang entry.. entah lah mungkin juga sebab sibuk, mungkin juga masih belum kebah dari di serang selsema ‘M’.. entah lah kena pulak sekarang nih  aku kerap sangat di landa selsema ‘M’ ini, mungkin antibiotik dalam badan aku nih dah tak berapa nak imune dengna virus-virus ganas selsema ‘M’ ini… sebagai mengubat lara ini, aku letakkan sedikit update untuk di jadikan azimat kalbu yang merindu.. ha haa 

Apa-apa pun dalam seminggu nih, memang ada sedikit kesibukan, ada satu acara yang agak besar akan berlangsung pada hari ni, rancangan nay bermula sejak awal bulan lagi, tapi kerana masing-masing masih keletihan dengan  acara Bacalah Manjaku yang dijalankan di Klinik Thalasemia HTF, Kangar.. maka kami di beri kebenaran untuk bersantai seketika, yer lah kebetulan musim cuti persekolahan pon bermula, boleh lah yang nak bawak anak-anak pi berjalan, atau makan kenduri, nak bersunat pon ada.. 

Sehabis saja acara bersantai ini, maka persiapan untuk acara ini, iaitu Majlis Perasmian Perpustakaan Permainan Kanak-kanak, Perpustakaan Cawangan Padang Besar (Utara). [untuk makluman terdapat dua Padang Besar di Perlis.. satu di Selatan dan satu di Utara.. Padang Besar Selatan hanyalah satu kawasan yang terdiri dari beberapa buah kampung yang terletak berhampiran Kuala Perlis, manakala Padang Besar Utara, memang dah di kenali ramai sebagai tempat membeli belah dan juga sebagai pintu sempadan Siam (Thailand)… :- sekian di maklumkan] ni merupakan perpustakaan permainan (toy Library) yang ketiga terdapat di Perlis dan InsyaAllah satu lagi akan di rasmikan nanti di Perpustakaan Cawangan Simpang Empat.. tarikh dan masa akan di umum kelak.

Jadi sebagai nak semarakkan perasmian itu nanti, aku selitkan sedikit suasana persiapan terakhir pada sebelah pagi, melengkapkan kerja-kerja terakhir juga di adakan juga rehearsal upacara ini, untuk liputan penuh perjalanan majlis.. nanti lah aku masukkan…


Ini lah tempat perasmian berlangsung
khemah-khemah untuk jamuan tetamu yang hadir
..antara persiapa terakhir bagi memastikan majlis berjalan lancar
.. peserta koir perpustakaan membuat latihan terakhir bersama kondukter mereka..
opss… maaf hanya jurukamera sebenarnya..
belon-belon untuk gimik perasmian
..cenderamata untuk dif-dif jemputan serta peserta yang bertuah..

… sehingga jam 2.30 petang sudah ramai tetamu yang datang bagi memeriahkan majlis ini, semoga semuanya berjalan dengan lancar.. laporan berikutnya akan menyusul nanti bila visualnya (gambar la…) aku dapat nanti….. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s