Whoa.. buat masa ni aku terpaksa lah jadi Mr Mama buat seketika, jadi pengasuh dua orang anak-anak aku nih, he hee yer lah dah mama depa kena kursus induksi kat Pulau Pangkor, jadi mau tak mau aku kena ngasuh juga la.. tak la lama sangat pon, dalam sepuluh hari saja.. jadi tak sempat lah aku nak berupdate malam-malam. Nak update siang-siang aku pon tengah kursus juga dua hari nih, so buat lintas langsung sajalah…


Mem aku berkursus selama 10 hari, di Pulau Pangkor.. sementelah aku kat tempat keja saja selama dua hari. Ok lah, tak payah nak cari orang jaga malam-malam.. kalau tak nak kena cari Tok Pah lah, isk payah juga kan, lagi pon untuk malam saja, tak lama mana pon kan? Senang jer bagi aku kan? He hee tapi yang aku sangka senang tu, tak berapa nak menjadi lah kot..
Okeh kita bermula dari hari pertama, selepas dua tiga hari mem aku dok buat persiapan bagai nak pi (nak tinggalkan kami..) yer lah nak tinggal lama kan, macam-macam hal lah kekdahnya kan? Pada hari Ahad pepagi lepas bangun, siap macam biasa, lepas tu hantar adik Anieq kat umah pengasuh, lepas tu terus hantar mem aku ke Polimas Jitra, naik bas kat sana.. dalam pukul 9.00 pagi depa bertolak ke Lumut, siangnya tinggal aku, Athirah ngan angah dia ajer lah, petang tu baru lah amik Anieq, malam pertama tak der masalah sangat lah, dalam pukul 7.30 petang dia dah lena terus bawak ke pagi, cuma aku saja tidur tak berapa nak lelap, maklum la, setiap dua jam dah nak bangun bancuh susu.. aku rasa  aku hanya tido dalam 4 jam lebih jer malam tu, heh he ok lah kan.. walau pun ngantuk masih ok lagi la…

Hari Kedua, dalam pukul 6 pagi, dah bangun tido, dan Anieq pon sama bangun tido.. mungkin pasal dia tido awal maka bangun pon awal.. adeh susah nih, jadi kena tunggu samapi angah dia dah bersiap baru aku boleh mandi dan bersiap, serta siapkan beg-beg Anieq dan Athirah, maka hari tuh juga aku sampai awal kat pejabat.. dan kebetulan juga ada kursus.. kursus Etiket .. selama dua hari…  emm nanti aku sambung lain lah..

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s