Bermulanya kerja pada hari Isnin biasanya kita akan membawa sama mood hari cuti hujung minggu yang berlalu, kalau seronok mood hujung minggu bagaikan bersemangat untuk memulakan kan kerja hari Isnin.. bagaikan tak sabar nak bersama kawan-kawan se perjuangan.. bercerita pengalaman yang telah di lalui di waktu cuti hujung minggu.

Berlainan sangat rasanya minggu ini, nak memulakan kerja pon terasa malas, tiada sepenuhnya nakmemulakan tugas, pastinya bila saja masuk ruang kerja wajah akan terbayang di mata, suara nya bercakap , bergelak dan mengusik sesama sendiri bagai bermain di telinga.. macam mana seharusnya aku bermula Isnin ini?

Namun kerja tetap kerja, setiap tugas yang di berikan harus di sudahi, buat masa ni aku terus dengan kerja ku , membuat daftaran buku-buku yang masuk, yang masih menimbun.. bagi kerja-kerja lain yang di tinggalkan arwah mungkin nanti akan ada yang akan mengantikannya..iya lah yang patah pasti kan tumbuh, yang hilang pastinya berganti, walaupun antara yangpergi dan yang akan mengganti tidak akan sama, pastinya hidup perlu di teruskan.. tak guna melayan perasaan, melayan kesedihan kerana yang pergi pasti tak akan kembali.. biarlah dia pergi dengan tenang tanpa sebarang kesangkutan pad ayang di tinggalkan.. yang di tinggalkan perlu juga meneruskan hidup, namun yang pergi tetap di ingati.

Hari Isnin pertama ketiadaan arwah pastinya mneinggalkan cerita-cerita dan peristiwa-peristiwa yang telah di tinggalkan oleh arwah, maka akan terkumpil lah bermacam-macam peristiwa, cerita, tanda-tanda pemergiannya yang tak pernah terungkap sebelumnya.. namun ianya sebagai satu tanda kenangan dan ingatan atas pemergiannya cuma, tiada apa yang dapat di lakukan.. hanya sekadar berdoa semoga dia tenang di sana.. Amin.


Sebagai kenangan.. ini adalah buku terakhir yang beliau serahkan dengan tangan beliau sendiri  untuk aku rekodkan, dan itu adalah adalah yang terakhir, itu juga kerjanya yang terakhir .. itu pun aku sedari selepas kembali bekerja.. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s