Dah lama rasanya tak update.. nampaknya keadaan tempat baru memang tak mengizin kan aku berupdate-update macam dulu la, apa taknya buku dah makin banyak.. hari hari ber troli-troli sedia menunggu untuk di proses.. jadi takkan lah aku nak berupdate bagai sedangkan orang lain sibuk dok buat keja kan.. jadi terbiar lak blog aku nih.. jadi sempat2 kan diri berupdate tengah-tengah malam macam ni, curi masa tido.. kang esok mesti berdengung kepala tahan ngan tuk.. he hee, apa pun seronok juga keja kat sini.. ada saja keja kena buat.. hak ngantuk tu memang sentiasa ada lah kan.. terutamanya kalau dah perut kenyang.. pastu lak dok dalam ekon yang sejuk nih.. apa lagi kepala pun naik pusing la.. sampai tersengguk sengguk.. he hee sabo jer lah.. 

hah.. tengok tu.. penuh dengan buku.. kiri kanan depan dan belakang… mesti lah sebuk kan..?

..tapi sempat juga aku jaga pokok nih tau, yang dalam gelas kaca tu bawak dari temmpat keja lama.. yang dalam bekas plastik tu baru sari dua nih saja aku bela.. he hee kat tempat aku nih ramai perempuan buat mas anih.. nampak bunga saja.. saja jer aku cari pokok tak berbunga sebgai wakil lelaki.. ha haa..

okeh sekarang ni aku ada masa lapang la sikit waktu petang.. jadi sempat la merayau-rayau.. ni sempat singgahkat Hotel Brasmana Kuala Perlis pasal mem aku tengah cari Quatation untuk jamuan, tolong student dia yang nak buat makan malam untuk akhir semeste rlah kot aku rasa..

Nih perangai baru adik Anieq..kalau menairap saja, dia suka berteleku macam nih, isk apa dia dok pikir yer..?

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s