Hari ni merupakan hari terakhir aku berada di Perpustakaan Kanak-kanak, juga merangkap hari terakhir aku mengadap pelanggan secara terus.. sesudah hampir 14 tahun aku berurusan dengan pelanggan secara terus tentunya meninggalkan bermacam-macam kenangan, pahit manis.. suka dan duka. 


Mengungkap sejarah, aku mula bekerja di sini semenjak Februari 1994 sebagai pembantu di bahagian kewangan, selepas setahun aku kemudian di tukarkan ke bahagian kanak-kanak pada masa tu, di sini aku bermula secara rasminya untuk mengadap kerenah orang awam, walaupun bahagian kanak-kanak, tetapi secara langsung aku kena hadapi semua peringkat masyarakat, dari yang kecil sehingga lah dewasa. Dengan keadaan masa itu tanpa bantuan teknologi, sememangnya memerlukan tahap kesabaran, dan kecekalan yang tinggi, semua urusan pinjaman, pemulangan, serta pendataran ahli di lakukan secara manual. Berbanding kini jumlah pengguna terutamanya di kala waktu puncak, iaitu pada hari Khamis dan Sabtu (masa tu Perlis masih bercuti hari Jumaat) boleh memeningkan kepala, buku bertimbun-timbun diatas meja.

Tapi syukurlah, selepas setahun aku kat situ, bermula tahun 1996 secara rasminya perpustakaan mula menggunakan sistem perpustakaan, itu pun selepas 1 tahun kerja-kerja memasukkan data-data bahan dan kehalian di jalankan. Bermacam-macam pengalaman yang aku dapat pada masa ni, sistem ini telah di bangunkan oleh Guthrie (err sekarang dah jadi Guthrie Technology kot) yang di bei nama Supermax Library System (SLS) , yang mana sistem ini dibangunkan dengan menggunakan teknologi Denmark.. jadi sebahagian dari bahasa yang terdapat dalam ni adalah bahasa Denmark.. manalah aku nak paham.. jadi kena translate la, tepaksa juga depa bawak orang Denmark untuk buat sistem, lepas tu latihan pulak, masa latihan ni hampir 80% di jalankan dalam bahasa Inggeris.. lagi la eden poning dengan istilah-istilah nya.. (maklumlah aku bukannya majoring in computer).. selepas gedebuk sana, gedebik sini, akhirnya berjalan juga sistem ni…

Oleh kerana sistem ni jauh kompeninya maka, terdapat juga masalah dalam kerja-kerja maintenance, juga oleh kerana sistem luar kos untuk upgrading dia amatlah tinggi.. jadi terpaksa lah tukar kepada sistem yang di pakai sekarang ni iaitu Softrade Library System (juga SLS) masih juga ada masalah tapi masih boleh digunakan.. entah la bila pulak akan di tukarkan.. adeh aku nak ceta pasal pengalaman dah melalut kat sistem, sebenarnya masih banyak pengalaman aku kat sini (perpustakaan ni la..) macam mana aku mula berkecimpung dengan dunia kanak-kanak, bagaiman aku boleh terlibat dalam teater, bagamana aku terlibat dalam Tunas Budaya kat Pejabat Kebudayaan dan eh bermacam-macam lagi… mungkin suatu hari aku boleh catat kan kat sini.. tak apa lah pelan-pelan la.. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s