Ya, aku akan berhijrah lagi.. kali ini tempat hijrah masih di bangunan yang sama cuma berlainan organisasi, satu tempat dimana aku akan di timbunkan dengan buku-buku, satu ceruk dimana orang awam tak akan sampai kecuali jika ada urusan penting, juga kalau ada lawatan rasmi baru boleh masuk.. kerja-keja aku lebih kurang macam ni lah..



SUMBER PEROLEHAN BAHAN

Bahan-bahan untuk koleksi perpustakaan diperoleh secara:-

  • Pembelian melalui peruntukan kerajaan.

  • Hadiah dan sumbangan daripada agensi kerajaan dan swasta serta individu.

MEMPROSES BAHAN

  • Bahan-bahan dikatalog menggunakan “Softrade library System”

  • Bahan-bahan dikatalog menggunakan “Anglo American Cataloguing Rules 2”(AACR)2 dan dikesan mengikut “Dewey Decimal Classification” (DDC) atau sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey.

KOLEKSI NEGERI

Bahagian ini berfungsi untuk mengumpul bahan-bahan mengenai negeri Perlis dan juga bahan-bahan hasil karya penulis negeri Perlis. Di antara bahan-bahan yang terdapat di dalam koleksi ini ialah buku-buku, jurnal, tesis, risalah-risalah serta warta kerajaan. Keratan akhbar mengenai negeri Perlis juga turut disimpan di bahagian ini. Bahan-bahan di dalam koleksi ini tidak boleh dipinjam tetapi pengguna dibenarkan membuat salinan fotokopi bagi bahan-bahan yang diperlukan.

OBJEKTIF BAHAGIAN

Bahagian ini bertanggungjawab mengesan,memperoleh serta memproses bahan-bahan untuk tambahan koleksi di semua rangkaian perpustakaan seluruh negeri termasuk membina koleksi khas mengenai negeri Perlis dan pemuliharaan bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan.

Jadi sekarang ni kerja aku ialah packing barang-baang peribadi aku, lepas tu berpindah lah kat tempat baru mulai 1 April 2009, mulai Rabu nih lah kan, jadual tugas aku 8.00 pagi – 5.00 petang tiada lagi kerja shif juga tiada lagi balik lewat, melainkan kalau diarahkan.. he hee… 

Tapi kan ada la terasa sedikit sentap.. tadikan aku kena marah.. yer betul aku kena marah, tapikan bukan kena marah dengan bos, tapi errr dengan..( hish biar lah rahsia..)  yer lah salahnya aku sendiri juga la, sapa suruh tak alert yang mesuarat tu diadakan di bilik mesyuarat dalam pejabat, haku bila di sebut bilik mesyuarat atas aku ingatkan bilik mesyuarat lama kat ruang bacaan nuh la, lupa lak kat admin tu ada satu gi bilik mesyuarat. Masa aku naik kat admin tuh memang bos dok ada kat situ (kat bilik mesyuarat admin tu) , bila dah org cakap dah nak mula mesyuarat, aku keluar admin nak gi bilik msyuarat lama tu lah, sekali dia panggil aku, err macam marah lah kot, maklum lah bos dah tunggu.. heh terkapa-kapa lah aku patah balik dan terkedu lah aku kena marah, isk marah ke macam tu yer? marah lah kot..!aku rasa sumer orang kat admin dengar kot dia panggil aku, tak pon aku sorang saja yang terasa.. err tapi tak ade la aku bg tau org.. he hee aku sentap sorang aku jer lah…  kang ok lah ni… kena positip lah.. kalau dok negatif ngan emo kang orang kata aku sombong lak.. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. sikit-sikit emo .. .. he he hee kang aku dah melalut?

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s