…. ada desas desus mengatakan perubahan akan berlaku dalam organisasi jabatn aku, malahan sesetengah dari kawan-kawan aku ada yang sudah mendapat surat perpindahan .. aku sedikit meragui adakah itu surat perpindahan atau pada pandangan aku surat naik taraf jawatan – sambilan ke kontrak- . Aku cuba juga kerosek sana – kerosek sini tapi semua nya antara mereka menutup mulut, mungkin sudah  di amanahkan untuk merahsiakan dari pengetahuan umum untuk seketika.. aghh biar lah aku tidak dapat sebarang syer pon.. cuma kalau benar aku sekadar menumpang suka setelah aku menumpang duka rakan-rakan ku yang ada antaranya sudah 15 tahun berkhidmat tapi masih bertaraf jawatan sambilan.

Bila sudah ada taraf jawatan baru sudah semestinya akan ada rombakan.. dari sebahagian yang aku dapat tahu, pegawai bahagian aku akan di naik kan ke bahagian atas mengambil tempat di bahagian rujukan, manakala pegawai di bahagian rujukan akan di turunkan ke bahagian Koleksi Negeri, manakala sorang pembantu dari perpustakaan pekan di bawa ke bahagian kanak-kanak, tempat yang aku duduk sekarang ini, manakala pegawai bahagian kanak-kanak di pikul oleh bahagian seranta.. ini menyebabkan dia memikul dua bahaian.. 

Yang menjadi persoalan, di manakah aku di tempatkan? Adakah aku akan di tempatkan di bahagian kanak-kanak, menjadi kan dua orang pembantu di situ, atau aku akan di naikkan ke bahagian perkhidmatan pembaca alias jadi sorang tukang fotostat buku, atau aku akan di keluarkan dari perpustakaan pusat, isk kenapa pulak aku penjadi penganalisa yang tak bertauliah nih? seolah macam ada teori konspirasi… tak akan ada konspirasi pasal sebagai ketua jabatan, beliau ada kuasa, ada hak untuk memindahkan seseorang pekerja atas sebab yang beliau rasa patut, dan dapat melicinkan perjalanan organisasi di bawah nya, dan sebagai pekerja sesungguhnya aku patut menerima apa saja arahan, perintah seperti yang diarahkan..

Maka anggaplah apa saja tempat, bidang tugas serta tanggungjawab yang bakal di berikan adalah satu amanah yang patut di laksanakan dengan sebaiknya, dnegah bersih, cekap dan amanah. Anggaplah semuanya sebagai satu  cabaran dalam meningkatkan kerjaya…  dan sebenarnya aku masih menanti apa jua yang akan diarahkan nanti..  

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s