Isk.. korang pon tahu kan, aku sekarang nih kerja berganti-ganti di dua kaunter, sekejap bahagian rujukan, sekejap kat bahagian kanak-kanak, jadinya sekarang ni semua orang sedang sibuk berurusan dengan tugasan masing-masing untuk menjayakan Pesta Buku Perlis 2009, Anjuran Perpustakaan Awam Perlis dengan Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi -BAKERP .. (adeh aku tak leh nak hapal nama penuh dia lagi.. punya la panjang..), aku pulak terpaksa bertugas di dua-dua kaunter, isk berkejar-kejaran la aku, sekejap diatas, sekejap kat bawah.. 

Hari ni pon macam tu juga, masih lagi bermarathon aku nih, sekejap atas, sekejap turun pulak bawah, yer la bila dah pukul 5 jer kat bawah pegawai aku dah balik, kena ganti dia, kat atas orang yang bertugas belum lagi balik, entah kemana perginya dengan urusan dia.. jadi nak buat macam mana? Akhirnya aku tutup jer lah kaunter atas.. turun bawah pasal bahaian atas tu ada pengawal jaga, bahagian kanak-kanak yang jauh di belakang bangunan nih mana lah ada guard nak jaga, jadi cover kat sini ajer la.. 

Sekali bila sampai je kat bawah, pegawai aku nih dah siap tutup bilik mana-mana yang perlu, cuma tinggal lampu saja satu dua lagi, kebetulan pulak bebudak takdok, mungkin sukan sekolah masih belum habis, baru je aku nak padam lampu.. terkedek-kedek datang dua orang budak cina, ingatkan nak hantar buka ka, nak pinjam buku ka, tapi rupa nya hanya nak beli ‘art sand’ yang kelab jual tu, lepas bayar duit terkedek-kedek depa balik, adeh buat penat aku bukak komputer, lampu-lampu, bilik-bilik nih, kalau ku tahu kan ke senang, alang-alang dah bukak komputer nih sempat juga la aku buat apdet kan… 

Err selsema aku masih ada tapi dah berkurangan dah, nanti kalau sempat aku apdet balik pasal XPDC PD-MELAKA-KL tuh.. ada lagi ceritanya tu…

ini lah rupa nya sand art tu (lebihkurang)
gamaknya dah menjadi kegilaan kesukaan bebudak la ni,
nak kata laris tu idak le, tapi laku juga la.. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s