12-02-09


Hari kedua di Port Dickson bermula seawal 8.30 pagi, selepas bersiap semua, kami pon bertolak ke destinasi yang telah di tetapkan, tetapi sempat juga singgah bersarapan di sebuah gerai on the way nak pergi ke Tanjung Tuan pasal hendak melawat Rumah Api Tanjuang Tuan yang terkenal sebagai tempat melihat anak bulan juga tempat mencerap bintang ( errr ye ke.. macam tu la kata guard situ..) sampai kat situ dalam pukul 9.30 pagi kot.. lepas tu kena lah berjalan untuk sampai ke puncak… jauh juga la.. dalam 850 meter rasanya.. dah tu pulak jalan dia berliku-liku dan mendaki pulak tuh.. sungguh aku teruja.. dah lama tak buat aktiviti macam nih, yang paling seronoknya Athirah ponlayan jugak.. tak mau di dukung… dia nak berjalan.. dan memang dia berjalan di sepanjang perjalan naik tuh, lepas tu ramai lah yang memimpin dia.. dia kata kononnya student2 semua tuh adalah kawan-kawan dia la.. siap panggil ” kawan-kawan…” ala-ala macam bebudak sekolah bercerita tu la….





Perjalanan ke puncak mengambil masa lebih kurang 20 – 30 minit aku rasa, boleh memerah keringat untuk berguguran, tapi aku suka sangat.. dah lama tak beraktiviti mendaki macam nih.. tapi perjalanan yang memenatkan itu memang berbaloi dengan view yang indah… dengan cuaca yang agat dingin memang menyegarkan badan… Hampir sejam ada kat situ, selepas puas menikmati panorama yang lawa itu, menghidup udara yang segar dan memerah keringat yang hampir berkarat tidak pernah dikeluarkan tuh, juga selepas puas berposing-posing sakan tuh maka kami pun bertolak turun dalam pukul 12.30 tengah hari.. bertolak turun memang lah tidak sesusah masa naik, rasa nya sekejap saja dah sampai… dah sampai kat bawah baru lah masing-masing dah rasa lenguh sana lenguh sini,.

Dalam perjalanan balik tuh sempat juga singgah kat Muzium Angkatan Tentera kat Port Dickson, ada dua tempat kami pergi, satu tuh ada di tempatkan kereta perisai.. dan yang satu tempat lagi tu macam-macam ada, ada kereta perisai, ada kapal terbang, kereta api dan juga gua bawah tanah yang menunjukkan bagaimana komunis hidup di dalam terowong.. di situ juga ada tugu peringatan pada askar yang terkorban semasa bertugas… cantik tempat dia.. yang seronoknya Athirah la, suka sangat dia boleh bergambar dengan Thomas.. (alah kartun kereta api Thomas and friends kat Astro tuh…) Habih melawat semua tuh dah pukul 2.30 petang, aku sempat tapau nasi goreng untuk makan tegah hari / petang.. dan macam biasa bila dahletih berjalan tuh dalam perjalanan balik Athirah tertido juga lah..

Sampai kat bilik angkat masuk bilik pon tak tersedar juga Athirah nih, hmm apa lagi lepas maka dan sembahyang semua abah dan mama pon tumpang berdua kaki juga la… letih juga la, dah lama tak jalan-jalan macam tuh, sementara tuh student2 tuh pergi aktiviti kat pantai.. kami join depa dalam pukul 6.00 petang selepas Athirah bangun .. tapi taklah mandi-mandi laut, tengok macam tak berselera pulak, mungkin dah petang sangat kot, Athirah dengan mama di saja dok main-main kat gigi air tuh, biarkan ombak membelai betis-betis itu… aku hanya berjalan-jalan sambil tangkap gambar

… dalam 7.15 petang baru lah kami berjalan balik ke motel, sempat juga singgah makan-makan kat Restoren Masakan ala Thai sebelah Motel tu… jadinya malam tu masing-masing buat aktiviti sendiri la. Oleh kerana tak dak aktiviti, student2 pon keluar cari makan sendiri-sendiri la, ada yang pergi restoren masakan ala Thai tu, ada juga yang keluar dengan bas nak pi cari KFC.. jauh gak tuh kat Seremban tu nak cari KFC… aku dok layan tengok berita saja lah, Athirah dan mama dia pergi rumah sebelah sembang-sembang dengan student dia.. dalam masa tuh lah ada moto lalu depan rumah sambil press moto kuat kuat, lepas tu dia patah balik, sekejap kemudian dia datang lagi press moto kuat-kuat lagi, ingatkan bebudak moto nak race ke apa ke.. tapi kejap tu juga dengar dia pekik “Allah Hu Akbar.. Allah Hu Akbar”..” Ya Allah Selamatkanlah anak Adam, bebas kan mereka dari kemungkaran dan kesesatan…” macam tu lebih kurang… aku terus saja kuncikan pintu.. dahla tinggal aku sorang-sorang kat bawah, kang dia terjah masuk jenuh aku nak kepong, bebudak lelaki semau keluar gi makan termasuk dreba2 bas.. kemudian mem aku tepon kata ada orang gila, ada bebudak kat umah tu dah nangis2 ketakutan.. isk haru nih.. Kejap kemudian datang lah sorang guard India dengan tokei motel tu kot berbangsa cina pergi kejar mamat tuh, depa dah siap telepon kat polis, dah tenang sikit baru aku tanya kat tokei cina tu apa pasal, dia kata ada orang mabuk kot.. hmm orang mabuk boleh seru Allah Hu Akbar ka..? Kemudian tuh baru la sorang student lelaki nih datang, pergi tengok.. siap dok layan bersembang lagi dengan mamat tuh, lepas tu baru Polis datang.. lepas tu polis tu pujuk-pujuk dan sembang lebih kurang mamt nih pon balik la.. selepas polis tu gertak nak hantar kat Tampoi.. dari cerita dari student ni dan juga polis tu baru la tau kesahnya.. rupanya ni dok belajar Tabligh, mungkin dari amalan dan pembelajaran tu, dia tak boleh nak terima ilmu tinggi2 macam tu, kirannya macam gila isin la kata orang tua, pasal dia datang kat motel tu dia kata ada nampak Ayah Pin kat atas bumbung rumah tu, jadi dia datang nak selamatkan kami semua la… jadinya cerita tu tamat kat situ saja la… 

Adeh dah lenguh jejari aku nak menaip, panjang la pulak ceta ni, nanti aku sambung lain lah, ceta lawatan ke Melaka pulak….

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

One response »

  1. kuIna Jentayutiara berkata:

    syioknya jenjalan coti2 sama family…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s