11.02.09

Selepas Check In dan simpan barang masing-masing, mandi-mandian juga berlepak-lepakkan sebentar, maka bermula lah program pertama yang disediakan oleh student, sebagai pemantau mem aku hanya ikut saja lah program yang depat buat, semua urusan di uruskan oleh student sendiri, jadi kami main tumpang ikut sahaja lah, lawatan pertama iala melawat ladang burung unta (Ostrich), yang terletak berhadapan dengan pagar Poli Port Dickson, konon nya terdapat burung unta dan dengan sedikit bayaran boleh di tunggang, juga terdapat haiwan-haiwan lain la.. lebih kurang macam mini zoo la, tapi kan bila sampai saja kat sana, tengok tempat tu dekat saja dengan motel penginapan kami, dah tu kecik saja, burung pon macam tak banyak saja, seolah-olah tempat ni macam tak di jaga, dah tu pulak kan nak masuk kena bayar lak RM6.00 sekepala, masing-masaing rasa macam tak berbaloi, pada aku kalau tengok burung unta kat ladang jabatan haiwan Perlis kat Padang Besar tu lagi banyak, cargas dan terjaga.. jadi semua akat tak mau masuk dan terus ke program seterusnya…. Nilai 3.

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu kami pon bertolak ke Nilai, tempat yang dikatakan syurga bershoping, hmm tapi dalam hati aku tak dapat nak gambar kan apa jenis barang yang nak di belikan.. (budget tengah bulan, paham2 aje la…) Dalam pukul 12 tengahari bemula lah aktiviti shoping ini, aku, athirah ngan mem hanya ber window shopping dan makan-makan saja tapi dalam masa tu sempat juga menyambar kain sepasang ( .. dah namanya pompuan kan..?) hanya itu sajalah yang yang kami bawak balik dari Nilai 3… Dalam pukul 3.00 petang bertolak balik ke motel untuk program petang di Pantai Teluk Kemang, dalam perjalanan balik tu Athirah lak tertido, jadi samapi kat bilik angkat masuk bilik masih lagi tak jaga, makan kedua abah dan mama pun tumpang tido berdua-dua kakinya, para student itu meneruskan program depa maing-masing… ntah pulak apa program depa petang tu, kami tertido sampai pukul 6.30 petang, terus tergesa-gesa mandi dan sembahyang, lepas tu habiskan ration yang beli semlam tu, malam dalam pukul 8.30 malam keluar pulak ke Pasar Malam untuk cari makan.. 

Habis lah sudah cerita hari pertama di Negeri Sembilan, nanti aku sambung cerita hari kedua dan kat Melaka..

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s