Mungkin semua orang dah tahu perihal politik di Perak, bermula dari Adun yang di katakan melompat parti, lepas tu parti asal mengatakan telah ada perjanjian telah di buat bahawa sekiranya mereka melompat parti maka maka secara automatiknya kerusi Adun itu diistyhar kosong, dan perlu di adakan pilihanraya untukmenggantikan tempat mereka, tapi kononnya perjanjian itu tidak di gunapakai oleh SPR, dan kemudian pula mereka yang melompat parti itu  mengaku untuk bersama dengan dengan parti yang satu lagi yang menyebabkan parti satu lagi itu mendapat lebihan kerusi yang membolehkan mereka membentu kerajaan baru di Perak. Dengan kerana itu juga MB Perak di ketika itu, tanpa mendapat pekenan Tuanku Sultan telah mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak… 

Besoknya kedua-dua pihak telah mengadap Tuaku Sultan, dan setelah sekian lama menanti maka Tuanku telah memutuskan bahawa pembubaran Dewan Undangan tidak sah serta Menteri Besar di mintak untuk letak jawatan dan memperkenankan perlantikkan Menteri Besar Baru dari parti satu lagi. Maka terjadilah peristiwa di bawah kerana penyokong dari parti yang gulingkan(???) tidak berpuas hati. Kejadian berlaku di perkarangan istana di mana majlis angkat sumpah Menteri Besar baru berlangsung, juga perlu di titipkan disini kesemua ahli dewan undangan negeri dari parti yang digulingkan tidak masuk ke majlis angkat sumpah.






Menjadi persoalan di benak aku, sudah kembali kah jebat (malahan jebat-jebat)?? mengamuk mencari keadilan untuk pemimpin mereka (si tuah?), adakah betul itu tuah? kerana dari hikayat, tuah tak pernah menderhaka, yang ada adalah pateh karma wijaya yang iri hati akan ketaatan tuah pada sultan,  makan dengan itu pateh karma wijaya membuat onar? entah aku serahkan kepada yang lebih pandai dan bijak membuat keputusan… cuma aku kesalkan di dalam suasana kegawatan yang makin mencengkam sepatutnya peristiwa begini tidak berlaku, pemimpin (mana-mana pemimpin pun) lebih fokus mencari jalan meyelesaikan kegawatan yang makin mencengkam rakyat. Bukan mengulangi kisah si tuah dan si jebat…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s