Semalam, dalam pukul 11.00 malam lebih kurang, ketika aku sedang mahsyuk melayani sebuah cerita Cina errr tajuk dia Projek A lakonan Jackie Chan, dalam suasana yang agak sepi melewati lewat malam, tiba-tiba bunyi siren bomba memecah kesunyian malam itu,  ketika aku menjengok kat tingkap, sempat pandangan aku menangkap sebuah jentera bomba dan sebuah van bomba di pandu laju menghala ke arah Kuala Perlis, aku ternanti lagi jika ada lagi jentera bomba yang lalu, tapi dah tak ada, pada fikiran aku mungkin ada kebakaran kecil yang berlaku, mungkin juga ada semak samun yang terbakar, dah menjadi lumrah musim panas dan kering kini memang mudah terjadi kebakaran, mungkin kerana pembakaran jerami padi juga boleh meebak menjadi kebakaran lain.

Dalam setengah selepas itu, aku masih tidak mendapat khabar tentang kebakaran semalam, jadi aku masuk tidor saja la, dalam masa nak telena tu aku terdengar juga bunyi dentuman entah dari mana, mungkin dai kebakaran tadi, atau juga budak-budak (dan pak budak) yang sedang main mercun hari raya cina lah kot.. sehingga la petang ni bila aku bukak laman http://www.anakperlis.com baru lah aku tah cerita nya… 
-gambar hanya hiasan-

Seorang lelaki tua di Kampung Kurong Tengar yang malam tadi dilaporkan lemas di tali air berhampiran rumah mereka pulang ke rumah awal hari ini.  Kira-kira 20 anggota penyelamat termasuk polis dan bomba bertungkus lumus mengesan mangsa selepas menerima laporan keluarga.  Tiga anggota penyelam turut mengesan mangsa di dalam tali air manakala unit anjing pengesan juga digunakan.


Sehingga jam dua pagi tiada tanda lelaki atau mayatnya ditemui dan operasi dihentikan.  kira-kira pukul 6 pagi, satu panggilan diterima bahawa lelaki itu telah berada di rumahnya dan sedang bersiap untuk menjaja ikan seperti kelazimannya.

Saya teringat beberapa kisah sebelum ini termasyuk yang sesat di hutan dan ketika orang sibuk mencarinya, orang yang hilang tu sedang tidur nyenyak kat rumah dan dalam satu kes di utan aji, seorang lelaki yang dikatakan telah mati ditembak menyebabkan ramai yang mengunjungi rumahnya tetapi selepas tu lelaki itu menelefon kelaurganya bahawa beliau berlada di selatan Thailand.


.. ini adalah berita dari seorang pemberita bernama di Perlis.. juga ahli anakperlis.com.. hmm rupa-rupanya hanya bomba dan penyelamat yang nak cari mangsa semalam tu la… 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s