Perlis Bakal Pengeluar Sardin Ikan Keli

KANGAR, 1 Feb (Bernama) — Perlis bakal menjadi pengeluar utama sardin ikan keli apabila sebuah kilang memproses ikan air tawar itu dibina di sini tidak lama lagi.

Kilang bernilai RM200,000 itu akan dibina di Bukit Manik tetapi sebagai permulaan industri itu akan beroperasi di gerai-gerai Unit Pentadbiran Daerah (UPD) yang akan dinaiktaraf.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Sabry Ahmad berkata projek itu adalah satu lagi inisiatif tambahan kerajaan negeri dalam meningkatkan pendapatan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang akan dibabitkan dengan projek ternakan keli.

“Industri sardin itu akan dilaksanakan oleh kerajaan secara usahama dengan Koperasi Bela Rakyat (Kobera) dengan pelaksanaannya dijangka akan bermula dalam tahun ini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sabry berkata, bagi menyokong industri sardin itu, sebanyak 100 kolam ternakan keli akan dilaksanakan di Bukit Manik yang mampu mengeluarkan 500,000 ekor ikan keli dalam tempoh dua bulan.

“Teknologi ternakan itu akan menggabungkan teknologi tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand,” katanya.

“Ikan keli ini diberikan makanan organik dan ia tidak berbau hanyir,” katanya.

— BERNAMA

Hmmm.. tak sabar aku nak tunggu, betui ka nak jadi nih, he heeeee.. aku ngan mem ni peminat ikan keli jugo…. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s