Hmm.. dah lama rupanya aku menghilang kan.. selepas dari entry Arwah Syawal  tu terus saja aku diam, tak terkutik-kutik kata orang, entah la orang mana yang kata macam tu.. lepas saja  laporan tu aku jadi sibuk la pulak.. entah macam mana boleh jadi banyak keja.. fotostat saja tak berhenti-henti… tak menyempat nak nak guna pc.. balik rumah lak dahjadi maleh nak ngadap pc.. jadi nya sepi gitu la blog ni kan..?
Abis bab tu, masuk lak bab raya cina nih, aku sebenarnya tak ada la perancangan apa sangat.. cuma nak dok kat umah saja… boleh layan Anieq yang dak makinkurang tido, tapi nak duduk atas lantai saja keja dia, tapi aku letak la ‘toto’ kecik tu, jadi dia pon dok tergedang kat situ, dah tu dok cari apa tah kat siling.. dok bilang cicak kot.. he hee jangan ngap ta*k cicak dah la… sekali baru lah perasan yang Adieq Anieq ni dah nak meniarap rupanya, baru dok latih skil nak pusing badan… bila dah tak boleh pusing tu, dia mula naik angin nangis nak tido… 

adik anieq dok belajar berpusing dah

Dah dok kat rumah ni, dah jadi meriah la pulak.. kak aku kat Shah Alam balik, penuh la kat umah dengan bala tentera dia, termasuk si kembar tu, hmm lupa lak nak amik gambar depa.. he hee.. jadinya riuh rendah la rumah yang biasanya sepi… nasib baik juga adik Anieq tak meragam sangat pasai depa bising, tapi yer lah nama pun budak-budak mana nya tak bising kan, bukannya kat lebri.. boleh la larang orang jangan bising.. he heee.. jadi aku tengok ok jer 
lah, adik Anieq leh tido elok jer tak la terkejut macam tu… Hmm bile dah lepak kat umah, ni dah jadi jemu la pulak kan, Sehari dua tak pa la, bila dah lama tak jalan-jalan.. mesti boring punya… terutama budak Athirah tu, macam-macam hal di buatnya, abis bedak talkum Angah dia di buat main, adeh la… sempat juga bawak depa jalan-jalan gi Jitra, sehari sebelum raya cina, lain nye depa jalan sendiri-sendiri la… Athirah ni bawak jer lah  gi taman, biar dia dok main buaian, jonkang jungkit ker, papan gelongsor ke..( aduh istilah apa aku pakai ni..?), begitu lah empat hari cuti berlalu.. 
Athirah.. tak penah puas main kat taman

Adik Anieq juga turut terkinja-kinja nak gi main kat taman sama..
Hmm gambar bertiga saja.. lor abah dia dok tangkap gambor saja la…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

3 responses »

  1. Neeza Shahril berkata:

    dah besar Anieq kan.. dah boleh pergi playground dengan kakak..
    lepas ni siaplah kakak kena buli pulak.. hehehe..

  2. ~akuni~ berkata:

    Seronok nyer cuti ni sebab boleh lah bawak anak2 gi jalan2…

  3. Sikelu berkata:

    he hee anieq nih memang dah besar pun… buat masa la ni kaka dok buli lagi la.. abis toy anieq dia guna..

    akuni…
    kalau boleh nak ari-ari cuti… errrr boleh dak bos..? :))

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s