KANGAR 17 Nov. – Seorang peniaga gerai di Jalan Penjara di sini menjumpai sebiji kelapa ‘kembar’ yang mempunyai dua tempurung di dalamnya.Aziz Osman, 42, berkata, kelapa muda yang kelihatan pelik itu ditemui ketika dia sedang membelah kelapa berkenaan hari ini untuk dijual kepada orang ramai. Katanya, penemuan kelapa muda pelik itu merupakan kejadian pertama dalam hidupnya sejak berniaga air kelapa lebih 10 tahun lalu.

”Saya menemui kelapa itu ketika membelah 15 biji buah kelapa dalam satu mayang untuk berniaga, tetapi apabila membelah buah kelapa yang terakhir, saya agak terkejut apabila melihat di dalamnya ada dua tempurung seakan-akan kembar.”Saya yang kehairanan terus menunjukkan kepada isteri saya dan dia pun berasa hairan dengan penemuan kelapa kembar ini,” katanya di sini hari ini.

Aziz berkata, disebabkan sukar menemui kelapa yang mempunyai tempurung kembar seperti itu, dia berhasrat ingin menyimpan buah kelapa muda yang telah dikopek itu sebagai kenangan.”Semua pelanggan yang datang hari ini juga berkata tidak pernah melihat kelapa yang mempunyai dua tempurung di dalamnya dan ini merupakan kebesaran Allah.”Tetapi jika ada sesiapa yang berminat mungkin untuk dijadikan koleksi peribadi atau koleksi barangan aneh, saya bersedia untuk menjualnya,” katanya.

Kenapa, aku masukkan berita yang dah ketinggalan nih, sebenarnya aku baru saja terjumpa berita ini, sungguh aku ketinggalan rupanya, kalau tak mesti aku dapat berita 1st  hand, nih dah seconhand malahan dan lapuk pon.. walau pon apa-apa pun sebenarnya aku suka dengan rojak buahnya,, cukup likat dan dan rasanya pun enak.. he he selain dari itu dia juga jual buah-buah tempatan dan juga air kelapa, serta lengkong (cincau).. more pictures after this

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s