Kemarin, selepas 3 hari sebelum ni aku sakit kat bahagian belakang, entah la kena apa, nak pusing badan pon susah, nak tengokkiri kanan pun tersangkut-sangkut, nak tunduk juga sakit, bahkan kadang – kadang tu tersentap-sentap…  sebenarnya mula jadi pada hari Jumaat ari tu, sampai kan nak tunduk, nak rukuk lama-lama pon sakit ya hamatt.. jadi terpaksa lah aku EL.. dan kat tok imam pon aku amik MC .. apa nak buat dah sakit sangat.. lepas tu tido malam pon tak mo lelap asal terberalih posisi tido terus sakit.. terus terjaga.. 
Tapi esok tu lega la pulak, walau tak 100%, tapi boleh la kesana sini.. tapi kan bila tido malam dia sakit la pulak, nak berkalih sakit pon tak boleh, malahan nak bangun tido pun susah, terpaksa aku bangun secara menyenget, tu pon mengaduh sakit.. tak tahan aku.. jadi esok paginya (isnin) mau tak mau aku kena pi Klinik juga la.. suruh doktor check apa yang patut..  lepas tu yang kedua aku nak amik MC la… apa nak buat.. sakit ooo nak keja macam mana?
Sampai saja kat Klinik doktor Roh*m* tu, alamak ramainya orang, jenuh la nak menunggu, kang sakit meh  pulak la, jadi kami amik keputusan daftar dulu, lepas tu gi amik IC Anieq kat Pejabat Pendaftaran Kangar, walaupun pendaftaran di buat di Pejabat Pendaftaran Jitra, Kedah, tapi boleh di kutip (collect) di Kangar dengan syarat bagitau awal-awal la… Anieq nih memang anak kelahiran Kedah la… Alhamdulillah urusan amik IC nih tak la lama, masuk jer ada 3 orang yang menanti giliran nak amik IC masing-masing.. jadi tak la lama nak tunggu.. tapi kaunter lain ramai juga tu.. 

Pejabat Pendaftaran Kangar
ini dia dah dapat… 


lepas dah selesai di pejabat pendaftaran, baru lah kami patah bali ke Klinik Dr Roh*m*, tnegok orang dah tak begitu ramai, dah terlepas pon giliran aku, tapi dah daftar awal.. depa panggil selepas pesakit sebelum tu keluar, semuanya di periksa oleh doktor tu, tekanan darah tinggi la (err tekana ala-ala ok sahaja… doktor kata biasa la,degupan jantung aku agak laju jadi bacaan di sikit naik.. ), kadar dengupan jantung la, buat aku saspen saja.. punya lama di peksa sampai aku boleh bayangkan sekejap doktor akan bagitau yang aku ada sakit jantung.. hu huu.. tapi akhirnya doktor kata  tiada masalah jantung, cuma mungkin tersalah urat.. lega la aku… lepas tu dia bagi ubat-ubat kat atas tu, dan MC dua hari.. hehee lega lagi la aku… 


About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s