Selamat Hari Raya.. kepada semua… tahun ni raya yang agak lembap, hujan turun sepanjang malam.. dan pagi ni masih lagi basah… aktiviti korban tetap akan di jalankan nanti di masjid berdekatan.. moga semuanya akan berjalan dengan lancar
Sembahyang Sunat Hari Raya selamat di sempurnakan bermula dari jam 8.30 dan berakhir  jam 9.30 pagi selepas habis khutbah yang di bacakan oleh Tuan Imam Masjid.. suasana masih lagi mendung dengan kemungkinan hujan akan turun…

Dalam pukul 10.30 pagi baru la majlis korban dapat di jalankan di kawasan masjid Batu 5, masjid yang berhampiran dengan rumah aku ni, itu pun selepas tukang-tukang sembelih selesai menyembelih lembu-lembu dan kambing di rumah-rumah yang  berasingan, ada dua tempat yang berasingan. Di masjid sahaja terdapat 3 ekor lembu dan 2 ekor kambing yang dikorbankan.. semua lembu dan kambing ini di berikan oleh orang-orang perseorangan yang balik beraya di kampung, kenapa aku kata macam tu, pasal pada rancangan asal tak ada lembu dan kambing yang akan di korbankan di masjid, tapi sehari sebelum hari raya (kelmarin), ada aku nampak lembu kat kawasan masjid. Hmm okeh layan je lah gambar dulu

sebahagian dari anak jemaah masjid yang menolong memotong daging untuk di timbang 
daging dan tulang lembu yang baru di lapah di himpunkan sebelum di potong untuk di timbang
tuan imam yang komited, turut bersama menyiang daging dan mengagih-agih kan daging untuk anak kariah yang layak.
sebahaian dari daging-daging yang dah di potong dan di timbang sedia untuk di agih-agih kan.
parit yang airnya bercampur dengan darah mengalir lesu di depan rumah aku
Awan larat yang membawa hujan kembali berkumpul, nampak gayanya hujan akan turnlagi la sekejap lagi.

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s