Nampak gayanya.. hujan monsoon datang lagi, diantara musim pertukaran musim nih, hujan menjadi lebat malah boleh membawa kepada banjir.. biasany sebelah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur akan di landa banjir.. dan negeri -negeri lain akan terkena tempiasnya.. begitu lah biasanya terjadi.. untuk tahun ni kita tunggulah tengok macam mana.. kalau kena air laut musim pasang besar bertambah-tambah lah teruknya,air yang mengalir dari daratan ke laut tapi sebak naik balik akan menjadikan banjir bertambah buruk.. moga tahun ni tidak lah menjadi macam tu yer… 
Tadi masa balik dari keja, hujan lebat dah mula turun, berbanding semalam walaupun gelap sepanjang hari, tapi hujannya tak der la lebat pon, tadinya mentari bersinar terang, bercahaya menyuluh segenap alam, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan mula di tengah hari.. adeh.. layan sajala gambar di bawah.. 
hujan yang lebat, cermin kereta pon jadi kelabu nih..
nampak tu awan tebal, membawa hujan sepanjang perjalanannya..
opss.. lampu merah.. berhenti sat no.. (errr ada kena mengena ke..?)
haa nampak tu.. lerekkan hujan.. awan berarak lagi… 
yang nih pon… 
…. lepas saja amik Athirah kat umah pengasuh dia, hujan turun seakin lebat la… masa nih dah pukul 6.50 petang dah… balik kejap dah masuk Maghrib. Sekian lah cerita bergambar yang gambar nya tidak ku edit pon, pasal kurang eloknya gambar inih, jadi mals nak mulakan sesi edit mengedit.. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

One response »

  1. Neeza Shahril berkata:

    lama tak rasa suasana hujan macam di malaysia.. of courselah.. kalau di malaysia, memang la neeza tak suka hehee.. well.. manusia ni mana lah pernah puas dengan apa apa pun kan..🙂 – kata diri sendiri ni tau..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s