(masa gambar diambil kol 1.00 tgh dah)
Cerita ini, yang dah berlaku ini sebenarnya bermula dari sini, walaupun perjalanan pagi nya bermula dari klinik kesihatan Kangar di mana mem aku menjalankan pemeriksaan rutin pada setiap bulan untuk memeriksa keadaan janin, tapi semenjak sebulan setengah terakhir ini dah jadi seminggu sekali kerana keadaan berat badan mem aku yang melebihi had muatan yang dibenarkan.  Pemeriksaan kat klinik kesihatan sebenarnya tak la menyeluruh hanya pemeriksaan tahap kesihatan saja. 
Lepas habis check di Klinik Kesihatan Kangar nih, bergera pulak ke Klinik Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tuaku Fauziah Kangar Pulak, kat sini ada juga la Doktor-doktor kanan dan yang pakar… kami sampai dalam 9.30 pagi, temujanji dalam kol 9.00 pagi, tapi tengok yang temujanji kol 8.00 pagi masih ramai yang belum masuk, jadi selepas letak kad temujanji, kami pergi sarapan kat kantin hospital dulu la, tak der la jauh, lebih kurang se pelaung sahaja.. kalau orang laung kuat-kuat mesti dengar punya. 
Lepas sarapan sumer, gi la pulak tunggu kat situ, hmm masih lagi ramai ibu-ibu mengandung kat situ, yang pukul 8.00 pun masih lagi lom masuk, nampak gayanya akan lambat lagi la… jadi aku permisi untuk ke bank nak bayar hutang keta, dan juga beberapa hutang dan bil lagi. Dalam pukul 11.30 setelah tak ada call dari mem aku, aku gi tengok pulak la.. hmm masih ramai juga yang belum di check.. aku pon tunggu punya tunggu dekat kol 12.00 baru la mem aku di panggil.. Hu hu.. lama betu mem aku masuk dalam bilik pemeriksaan tuh,  sejam lebih aku rasa, aku dah cuak dah  pasal sebelum dia masuk tu ada 2 tiga kes , ada yang kena masuk wad terus, ada yang kena berbincang dulu… 
Dalam kol satu macam tu, baru la mem aku kuar, lega aku.. ingatkan semuanya ok saja, waktu seayang jumaat pon dah dekat nih, dah keluar tu, dah amik kad semua… masuk dalam keta baru lah mem aku ceta yang masa masuk check tu, ada dekat 6 – 7 orang yang masuk sekali dok try scan perut dia, depa kata samapi luar dari kawasan scan.. berat anak dah mencecah 4.30kg.. yang mana tiada pilihan lain melainkan kena operate juga… risiko nak sangkut bahu tu tinggi depa kata… masa ni mata mem aku berair tak berenti dah, kalau boleh memang dia tak mo di operate la… …
(sambungan : Anieq Nu’man)

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s