(masa gambar diambil kol 1.00 tgh dah)
Cerita ini, yang dah berlaku ini sebenarnya bermula dari sini, walaupun perjalanan pagi nya bermula dari klinik kesihatan Kangar di mana mem aku menjalankan pemeriksaan rutin pada setiap bulan untuk memeriksa keadaan janin, tapi semenjak sebulan setengah terakhir ini dah jadi seminggu sekali kerana keadaan berat badan mem aku yang melebihi had muatan yang dibenarkan.  Pemeriksaan kat klinik kesihatan sebenarnya tak la menyeluruh hanya pemeriksaan tahap kesihatan saja. 
Lepas habis check di Klinik Kesihatan Kangar nih, bergera pulak ke Klinik Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Tuaku Fauziah Kangar Pulak, kat sini ada juga la Doktor-doktor kanan dan yang pakar… kami sampai dalam 9.30 pagi, temujanji dalam kol 9.00 pagi, tapi tengok yang temujanji kol 8.00 pagi masih ramai yang belum masuk, jadi selepas letak kad temujanji, kami pergi sarapan kat kantin hospital dulu la, tak der la jauh, lebih kurang se pelaung sahaja.. kalau orang laung kuat-kuat mesti dengar punya. 
Lepas sarapan sumer, gi la pulak tunggu kat situ, hmm masih lagi ramai ibu-ibu mengandung kat situ, yang pukul 8.00 pun masih lagi lom masuk, nampak gayanya akan lambat lagi la… jadi aku permisi untuk ke bank nak bayar hutang keta, dan juga beberapa hutang dan bil lagi. Dalam pukul 11.30 setelah tak ada call dari mem aku, aku gi tengok pulak la.. hmm masih ramai juga yang belum di check.. aku pon tunggu punya tunggu dekat kol 12.00 baru la mem aku di panggil.. Hu hu.. lama betu mem aku masuk dalam bilik pemeriksaan tuh,  sejam lebih aku rasa, aku dah cuak dah  pasal sebelum dia masuk tu ada 2 tiga kes , ada yang kena masuk wad terus, ada yang kena berbincang dulu… 
Dalam kol satu macam tu, baru la mem aku kuar, lega aku.. ingatkan semuanya ok saja, waktu seayang jumaat pon dah dekat nih, dah keluar tu, dah amik kad semua… masuk dalam keta baru lah mem aku ceta yang masa masuk check tu, ada dekat 6 – 7 orang yang masuk sekali dok try scan perut dia, depa kata samapi luar dari kawasan scan.. berat anak dah mencecah 4.30kg.. yang mana tiada pilihan lain melainkan kena operate juga… risiko nak sangkut bahu tu tinggi depa kata… masa ni mata mem aku berair tak berenti dah, kalau boleh memang dia tak mo di operate la… jadi ikut rancangan  doktor tuh, 5/11 masuk wad dan 6/11 baru di operate.. tak pe lah, aku kata nanti kita mintak pandangan ke dua dari Dr Annuar di Klinik Perubatan Mahsuri Jitra. Kami memang dah rancang nak pergi check pada 2 hb, kalau ok nak induce saja.. pasai mem aku dh tak larat sangat dah..
Sampai rumah mertua aku di Kg Sg Padang dah pukul 1.25 min tgh… terus aku bersalain dan bergegas ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, Alamdulillah.. sampai saja Tok Khatib belum abis khutbah lagi.. sempat juga aku sembahyang sunat dan dengar hujung-hujung khutbah.. habis sembahyang semua dalam kol 1.50, balik semula ke rumah mertu aku makan tengah hari dan bersiap untuk ke Jitra. turut bersama ialah ibubapa mertua aku la, depa pon dah tak senang duduk, maklum la anak depa nak kena operate.. on the way  tu sempat singgah pasar malam Simpang Empat yang baru nak di buka ada la dua tiga geai yang dh di buka, temasuk satu gerai apom balik, mem aku teringin nak makan apom balik la pulak.. dalam kol 3.00 petang baru teruskan perjalanan ke Pusat Rawatan Mahsuri (PRM), Jitra. 
Sampai di PRM lebih kurang dalam pukul 3.45ptg dan masuk berjumpa dengan doktor Annuar lebih kurang pukul 4.20 ptg. kiranya ramai juga la pesakit dia nih, kena bersabar la tunggu kan..? Dah berjumpa dengan dia, sembang lebih kurang, bagi detail apa yang doktor kat Hospital Kangar tu bagitau dan scan, pastu dia pon nak scan sekali lagi dan memang dia pon dapat bacaan 4.30kg, dan sama seperti di Kangar kata, operate adalah keputusan yang terpaksa di buat… nampak gayanya kami tiada pilihan lain lagi la.. terpaksa la juga kena operate.. 
Jadi teus saja mem aku tanya bila doktor boleh buat, dan sepantas tu juga doktor bagi jawapan ” kalau dah ready, petang ni juga boleh buat”, hah sapa suruh tanya? ” kalau dah nak buat, meh kita bincang bagi detail”.. hmm sebenarnya tak dak ada apa nak detailnya lagi.. semua dah ada dalam kad rawatan kan..? “errr doktor kalau nak buat ari ni, kami nakkena sediakan apa? kami tak dak bawak apa-apa pon ?”.. “Tak payah sediakan apa-apa pon, kami dah ada.. “, uih mudah sampai macam tu kah? Lepas tu doktor tanya bila last mem aku makan? Emm makan apom balik tadi la dalam kol 3.00 kan..? “Kalau macam tu, sekarang boleh rehat-rehat dulu, selesaikan apa2 yang dan buat, nak makan2 ka..” tapi yang nak operate tak leh makan la.. “pukul 7.30 anti kita leh bersiap2 nak operate”.. ni bermakna sempat la mem aku nak semayang Maghrib dulu.. 
Sementara nak tunggu Maghrib tu, kami pergi dulu Masjid dekat dengan PRM tu,  baru saja nak masuk masjid PRM telefon suruh masuk awal dalam 6.30 ptg untuk persiapan operate dalam kol 7.00 ptg pasal Dr Annuar ada temu janji lain lepas operate tu, hmm ok saja lah kan, lepas semayang pergi cariri susu untuk baby nanti (pasal tak tau yang ianya dah disediakan.. ), dalam kol 6.30 petang dah samapi PRM dan mem terus di bawak masuk ke bilik persalinan dan persediaan.. lepas 20 minit baru la aku pulak di panggil.. tujuan aku di panggil ialah untuk menandatangan borang apa tah aku pon tak sempat nak baca pasai saspen gak , maklum la mem nak kena operate.. he hee.. dalam masa dok sign borang tu, nurse tu tanya samada aku nak masuk sama masa mem di operate, errr.. terkedu aku, tiada jawapan! Pasal aku pon tak pasti nak masuk ke tidak. Kali ke dua dia tanya, baru aku tanya dia kalau masuk di mana akuakan duduk ker, berdiri ke..? Dia jawab duduk kat hujung kepala mem aku la, dia akan di bius separuh sahaja, jadi masih sedar la walaupun tak rasa apa-apa.
(emm dalam debaran tuh, sempat juga tersengih.. ala-ala sengih dalam debaran macam tu)
Lepas saja tandatangan borang baru la pi berjumpa dengan mem aku kat bilik persediaan tu, sempat juga bergambar macam ni, nasib baik tak bergambar berdua, lagi lah nampak akan ke’keciwian’ aku nih, hu huu aku tak peduli la apa orang nak kata, penting bagi aku nak meriwayatkan semua nih untuk masa-masa depan. Lepas bercakap bersembang lebih kurang,nurse pon datang untuk bawak (pimpin) aku mem aku masuk ke bilik pembedahan, aku kena tunggu kat luar lah dulu. Mak mertua aku kemudian di bawa tunggu sama, manakala pa mertua aku entah melilau pi mana tah.. 

(hu huu.. pakai macam nih teringat lak cerita bersiri Doogie Howser MD)
Sementara mem aku di siapkan, dia bius dan seumpama nya, aku dengan mak mertua dok kat luar bilik pembedahan sajala..kejap kemudian depa bagi baju nih untuk masuk bilik operation, sambil do pakai baju nih mak mertua aku tanya, berani ka aku nak masuk tengok, terus terang aku cakap, ntah la.. pasal aku pon tak pernah tengok secara dekat, aku pon tak pasti aku takut darah ke tak (kalau setakat tengok org sembelih lembu tu biasa la), jadi aku rasa aku nak cuba masuk jugak la, nak test tengok diri aku berani ke tak, kang kalau tak tahan nanti aku keluar la.. agak-agak sepuluh minit selepas waktu Maghrib masuk, gamaknya selepas doktor semayang Maghrib baru lah bermula operation, ketika aku masuk operation baru saja bermula, terus aku di suruh duduk kat bahagian kepala mem aku, pada dasarnya memang aku tak nampak apa yang depa buat, tapi aku masih boleh juga jenguk-jenguk.. kemudian aku tanya kat doktor boleh ka amik gambar, boleh saja jawab depa, tapi aku surh depa yang amik video pakai hp, aku nak stay kat mem aku la, pasai dia pun sedar waktu tuh.. (video tak dapat disertakan… harap maaf yer..)
nih snapshot dari video tuh la.. nampak.. aku ada kat hujung tuh.. leh buat bukti ni kan..?
tepat jam 7.32 petang.. Muhammad Anieq Nu’man di lahirkan..
Anieq Nu’man di bersihkan ..
Selepas di bersihkan, bau lah di kenalkan dengan mama dia… 
Ini lah Muhammad Anieq Nu’man selepas dimandikan, di azankan dan di tempatkan di bilik kanak-kanak untuk pemerhatian.

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s