Dalam kebasahan malam yang di sirami hujan ni, aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata, bukan sahaja bahang panas yang masih lagi dirasakan, tapi juga kerana Athirah yang meragam malam nih, petang tadi masa amik dia kat rumah pengasuh, aku di bagitau yang dia selsema hari ni, hm dah terbersin berkali-kali malahan hingus laju meleleh kat hidung dia.. emm sepanjang petang dan awal malam ni, sifat tegar dia nak main dan tak mahu tido itu masih menebal, sampakan terpaksa aku memaksa dia tido, walaupun mengelupur bagai nak rak tak mau masuk tido.. hu huu paksa punya paksa.. akhirnya tertido jugak dia.. pasal apa kena paksa tido.. pasal seharian dia tak mo tido hari ni, kalau tido pun tak sampai satu jam pon, yang mana aku rasa tak elok lah kan.. 
Dalam satu jam tido kat buaian.. di jaga pulak.. dan mula la meragam dia tuh, nangis sana-sini, apa yang dibuat serba tak kena.. sebenarnya adalah teramat jarangnya dia nak meragam macam ni, mungkin kerana selsema menyebabkan hidung dia tersumbat, jadi dia berasa terlalu tak selesa, pasal tu dia meragam kot, mula  mula tu hanya sapu minyak arome terapi yang entah bila mama dia beli tah, tapi tak jalan.. lepas slow kan kipas.. biarlah mama dan abah dia berpeluh.. tapi dia pon berpeluh juga.. jadi terpaksa mengipas dia la pulak.. akhirnya baru terjumpa v*cik* vaporub tuh.. sapu jer lagi lah dia meragam pasal pedih kot, kena pujuk pulak.. lepas tu mengipas lagi.. akhirnya dahdekat pukul 12.00 malam baru dia tertido pulak.. baru lah dapat abahnya makan malam (hu huhu ni dahkategori supper dah nih).. 
harap-harap dia akan terus dapat tido la malam nih, kalau tak jenuh berjaga la kan..? nasib baikla esok cotiiii.. kalau tak maka penyakit mengong tu akan datang lagi la.. tersenguk-senguk saja keja dia.. :) 
Gambar untuk hiasan, tidak ada kena mengena dengan ceta nih, tapi muka kesian dia itu tidak dapat aku lopa kan.. 

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s