Hari tu kan ada aku bagitau yang Athirah pergi main kat taman di Denai Larian Pengkalan Assam kan, ari ni dia nak pegi lagi, kebetulan lak kami nak gi pasar cari barang-barang nak di masak nanti.. pagi ni juga aku ada mesyuarat koperasi kakitangan kerajaan di Dewan Residensi (bekas rumah MB dulu).. jadi bawaklah dia sekali, tanpa di mandi dan di mekapkan dulu,    sementara aku nak masuk daftar kat dewan residensi tu, mama di bawak  la pi taman dulu… tapi kan oleh kerana tersangat awalnya.. dalam pukul 8.30 macam tu tidak la dapat dia nak bermain pasal air kat tempat main tu masik ada, belumn kering pasal semalam kan hujan…  jadi masih juga teringin nak main tapi dah kotor sangat tak dapat la bermain.. itu la mukanya yang muncung 16 itu..  
 
Lepas balik dari pasar, dalam pukul 11.00 macam tu, kami bertolak lah ke Jalan Kilang Gula, berhampiran dengan ladang tebu dan Kilang Gula.., nama kampung dia Kg Sg Buluh… he heee.. sepupu aku, yakni anak maklong aku la.. Anak dia hak no dua dari bongsu akan melangsungkan majlis kahwin.. emm tengok dari majlis tu besar jugak la.. pasal ada 5 khemah yang disediakan. Dengar ceritanya, awal-awal pagi lagi sekor lembu dah di tumbangkan untukmajlis kenduri nih, ok la tuh boleh makan daging yang fresh lagi… hidangan dia tak banyak.. ada goreng daging berkuah, gulai rebung dengan tulang lembu, ikan temenung bakar, air asam dan ulam-ulaman.. ringkas ajer..  okeh la tu.. dapat juga aku snapkan beberapa keping gambar, berlagak ala-ala jurufoto professional..pada hal pakai handphone saja… abis ketepi la juru-juru kamera pro tuh..🙂 . Dalam pukul 1.00 tengaharimacam tu.. kami bertolak balik la.. pasal kemengantukkan Athirah dah sampai tahap bayu laut dah… stiimm je mata dia.. 
 
Sampai umah dalam pukul 1.25 tengahari, terus tidokan athirah dalam buaian, dan kejap je terus dia tertido.. kemudiannya terus semayang Zohor kemudian pi pulak kenduri kedua di Sungai Padang, Athirah kami tinggalkan saja kat angah dia.. hmm pandai-pandai la Angah dia jaga nanti kan.. ? Ketika kami sampai kat tempat kenduri ni pengantinnya baru saja sampai, jadi sempat aku snap satu gambar jer lah… lepas tu lak kan kena lak menapak masuk dalam kampung, tak leh masuk keta la, moto pon sekerat jalan saja… bila sampai umah dia baru aku tau yang ada dua pasangan yang kawin ari ni.. buat sekali gus..mesti jimat belanja nih… emm sebelah tuan umah ni kiranya sepasang la anak dia.. jadinya keluar sorang masuk sorang la… he hee maksud aku, tuan umah dapat sorang menatu pompuan, dah tu lak anak pompuan dia dah di bawa orang la… he lebih kurang macam tu lah.. taklama la kami berada kat situ pasal panas sangat.. kuat betul bahang matahari kat situ…. 
Lepas makan-makan lebih kurang, bertolak lah pulak kerumah kedua… (ketiga hari ni).. kat sini umah taman la pulak.. jenuh juga nak parking pasal ramai juga lah jemputan dia.. umah nih kiranya sepupu mem aku la pulak..ketika kami sampai, pengantin dah sampai tapi sedang bergambar kat dalam umah, jadi nya ketika kami sedang makan-makan baru la pengantin keluar untuk makan beradab… dapat la snap gambar ari jauh…  lama juga kami ada kat sini hingga pukul 4 lebih.. dah tu siap pulak boleh bawak balik lauk.. hu huu senang sungguh.. kiranya hari ni jalan ada berkat la.. 3 umah pi makan kenduri dapat jumpa 4 pasangan pengantin.. bukan selalu tu.. kadang2 sampai umah kenduri pengantin dah di bawak pergi, tak pon ada kat dalam bilik tukar baju, tak pon pengantin dah berjalan sana sini.. 
Sampai umah dah pukul 4.20 petang, tengok-tengok Athirah masih belum bangun tido.. isk maratahon lak la dia, tido 3 jam berterusan.. uh uh senang keja la kalau macam ni…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s