Di perkenalkan, ini kawan baru Athirah, nama dia Aleya… nama ni Athirah sendiri yang beri, abahnya ni sesaja bagi nama Aneka.. pasal beli kat pasaraya Aneka.. tapi akhirnya nama Aleya juga yang dia gunakan.. apa-apa sajalah Tie’ah oooo… kami heran juga dari mana dia dapat nama nih, rupanya nama ni ialah cucu kepada ‘A-wan’ yang dok ngasuh dia tu.. ooo baru saja kami tau nama cucu dia nih, mungkin Athirah selalu dengar nama tu di sebut maka terguna pakai lah kat kawan dia tuh… semenjak ada Aleya nih, nak kemana-mana mesti di bawaknya bersama, kadang-kadang dia mengigau sewaktu tido malam, pasal kat umah mengasuh tu depa suka ngusik dia nak amik atau nak buat Aleya dia tu.. hu hu sayang sungguh dia kan…? 
Pagi ni dalam dok sibuk sibuk bersiap aku ada la nampak Athirah dok ronda-ronda dalam umah, ingatkan dok cari apa.. rupanya dok cari wet tissue, ingatkan nak buat apa.. aku pon ikut ler dia pelan-pelan, ooo rupanya di wak masuk dalam bilik dan pi lap badan Aleya dia tu, pastu letak kat atas kepala Aleya dia tu, pastu aku tanya la dia pasai apa di wat macam tu, dia kata “Aleya Demam…!!”… aku nak tergelak pon ada, penin pon ada.. last-last aku amik handphone tangkap gambo dia… :))  — rupanya dia masih ingat masa kami dok lap badan dia, lepas tu letakkan cool fever atas kepala dia masa dia demam tuh.. isk .. isk 
  
Bermula dari malam kemarin, lebih kurang pukul 11.00 malam, hujan turun dengan agak lebatnya, menyebabkan terhenti sebarang cadangan nak tengok Ast*o.. abis tu nak bukak PC lama-lama pon aku menjadi semakin segan la.. pasal tu cerita Athirah main kat taman tu ada gambar nya saja tak de sebarang update… hmmm entah pukul berapa hujan berenti, pasal lepas tu aku masuk tidor dah… sedar-sedar alarm bunyi waktu subuh.. lepas dah siap-siap semua lepas tu hantar kak aku naik bas nak gi keja, on the way balik tu, hujan turun pulak… adeh jadi la seharian hujan… 
Masa aku nak bali semayang Jumaat tu tengok ok jer la, dah berenti hujan, cuma masih terdapat awan-awan kelabu di sana sini, ingat ok lah tu tak hujan dah, tapi sangkaan meleset.. di ketika aku sedang bersembahyang Jumaat tadi hujan turun pulak, walaupun tak begitu lebat, tapi cukup untuk memabasahkan orang yang meredah hujan, dan aku terdiri dari orang yang meredah hujan itu, oleh kerana jarak umah dan masjid yang tidak begitu jauh, maka darjah kebasahan aku agak kurang la, okey la tu baju tu leh pakai gi keja lagi la… 
On the way nak gi keja tu, hujan masih lebat.. dan kerana hujan lebat maka perjalan keta pon lembab, berderat-derat kat trafik light, maka sempat la aku snap dua tiga foto nih..   

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s