Dua keping gambar, yang aku amik dengan menggunakan handphone telah ku edit dan hasilnya aku rasa macam satu gambar nostalgia, mengimbau kenangan lama, di zaman musim bersawah dulu yang tiadk menggunakan jentera berat penuai padi.. zaman di mana awah mak bergotong royong bersama-sama orang kampung untuk mencari sesuap nasi dan juga sedikit wang untuk pembiayaan keluarga.. dulu bila tiba musim menuai macam ni, maka berpakat-pakat berderau lah orang kampung, hari ni di sawah dia ni, besok orang lain pulak dalam grup yang sama.. lepas tu makan dan minum disediakan oleh isteri-isteri yang terbabit dalam berderau ni.. bermula dari pagi lagi, tanak pulut bersama ikan kering (masin), lepas tu nyok kukur (kelapa muda di parut) dan juga kopi o dan teh untuk sarapan, tengahari pulak nasib berlaukkan ikan haruan, keli dan puyu di buat gulai, asam pedas.. manakala waktu petang pulak ada bubur kacang dengan roti, atau biskut.. sedap betul.. jadi meriah la kampung.. Anak-anak bermain bersama-sama, berkejaran di kawasan laman, yang dah besar tu kena la tolong ibu ayah mengangkat padi yang dah di tuai… 
 
Kini, musim menuai datang lagi, tinggal lah mostalgia lama, musim menuai sekarang ni tiada lagi berderau, yang ada hanya jentera besar menuai padai, lori-lori menadah hasil menanti di tepi sawah untuk membawa hasil ke kilang, di timbang, di gredkan dan di bayar harga dia, tuan tanah tunggu sahaja di rumah, tokei lori yang akan mengurus semuanya… tuan rumah cuma tunggu wang sahaja.. mudahnya hdup zaman sekaang ni, senangnya berurusan.. namu tiada lagi kenangan itu..
*** entry selepas 2 hari tak dak internet di pejabat.. 2 hari aku bermenung tanpa tujuan🙂 , dua hari juga aku belajar untuk mengenal kembali buku-buku dan juga majalah-majalah… sudah lama aku tinggal buku dan majalah hany kerana ada internet, dan internet dapat memberi liputan terluas sebarang maklumat yang aku berikan bila dah tak dak ni.. sunyi jadinya aku…

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s