Dua hari dua malam.. begitulah lamanya untuk aku nak selesaikan masalah blog aku ni, daripada aku saja gatal-gatal cuba template baru.. lepas tu memang kena tukar terus.. dalam masa tu kalau sapa ada masuk laman blog aku mesti penin, sekejap template lain, sekejap lagi template lain.. Kepala aku jadi penin, tekak ku loya serasa nak muntah.. sampai lewat malam aku cuba nak betulkan mana coding-coding yang senget tu (senget di fikiran aku la… tuan punya pamplet tu tak rasa pon kan?)..
Akhirnya dalam pukul 1.30 semalam.. baru lah timbul aura dan semangat nak teuskan pamplet ni.. selepas dua hari pasang, buang, pasang buan, try pamplet lain lagi.. akhirnya ini juga menjadi penawar hatiku.. he heee.. hari ni.. aku jadi mengong ler.. asyik mengantuk saja…
Hoo yeee… ari ni ari Khamis, berbaju batik la pulak, kalau meronda dalam Kangar depa kata hari ni hari Dato’- dato’.. hu hu yer ka.. agak-agak kalau berbaju macam ni boleh masuk majlis raja ke tak yer..? Bolehh. pasal bukan kuning diraja , ini hanya kuning gold sahaja..
Update! 5.40ptg !
Semalam..
Aku di berikan surat untuk menyertai satu Bengkel di Perpustakaan Negara yang berkaitan dengan katalog pada 7 & 8 Ogos ni ,.. uih dah lama aku tak di beri peluang untuk masuk kursus, terutamanya kursus berkaitan keperpustakaan dan komputer..   seronok lah aku, bersemangat lah aku nak pi.. dah lama aku tak meronda dan berhjalan-jalan sana-sini, seronok lah aku menguruskan sana sini yang ku rasa perlu…
Hari ni,
Mode aku tersangat seronok.. dan aku tak menjangka kan bahawa nasib ku hari ni tak sepeti hujan di awal pagi tapi panas di kala petang, rupanya.. dalam pukui 4.50ptg ni aku dapat call yang pencalonan aku di batalkan, pasai pihak perpustakaan negara mahu sorang calon yang belum pernah pergi kursus  ni, jadi musnah lah harapan.. tak dapat lah aku pergi… tensionnnn pon mula ber maharajalela semulaaaa…. adeeehhh pening aku… baru nak sonok , dah kena tebas….

About abah atieq

seorang abah pada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih tercari-cari erti sebuah kehidupan.. mencari tujuan kehidupan.. mencari sirna sebuah kehidupan.

6 responses »

  1. Neeza Shahril berkata:

    padanlah neeza tengok asyik berubah-ubah aje template.. tengah carik yang sesuai rupanya..baju batik memang cantik tapi neeza tak suka sebab susah nak gosok bila basuh. kalau hantar kedai gosok takpe heheheh…

  2. Sikelu berkata:

    yer lah neeza,bukan senang rupanya nak senang-senangkan diri sendiri.. emm nih corak saja batik neeza, kain nya biasa sahaja…

  3. :: Wiween laoshi :: berkata:

    da ok da template ni haa encik..ehehehe

  4. Neeza Shahril berkata:

    sabarlah kelu.. mungkin bulan depan ada event lagi best.. bukan setakat perpustakaan.. mungkin KLCC ke..?? hehe.. lagipun mungkin dia tak bagi tinggal mem yang sarat tu kot..😉

  5. Sikelu berkata:

    Cikgu ween… Yer lah ni haaa.. setelah 2H2M menggodamnya.. Neeza…hmmm… mungkin juga, tak per lah… hujung bulan ni pon ada satu kursus kat UUM

  6. kuInaJentayutiara berkata:

    huhuhu template baru… kemas..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s